Duit syiling ini telah dilancarkan pada 27 Ogos 2015: Duit Syiling Peringatan 50 tahun Masjid Negara sempena sambutan Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara pada 27 Ogos 2015 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Carian lebih lanjut kami terjumpa dengan Facebook Badan Kebajikan Masjid Negara(BKKMN) yang berkongsi gambar rekaan syiling tersebut dengan ungkapan:
HOT! dan LIMITED EDITION...
assalamualaikum.. berminat untuk dapatkan duit syiling KHAS 50th Masjid Negara tak? nanti dapatkan di ekspo masjid negara pada bulan ogos 2015 ini yea..
#masjidnegara
#50thmasjidnegara
#masjidnegarakualalumpur
#nationalmosque
Status Facebook itu telah dikongsi sejak 2 Julai 2015 lagi dan hanya mendapat 1 like sahaja. Gambar yang dikongsikan oleh page tersebut adalah gambar syiling dengan logo sambutan jubli emas Masjid Negara. Ekspo Jubli Emas 50 tahun Masjid Negara ( Pameran & Jualan ) akan di adakan pada 27 – 29 Ogos 2015.
Mengikut Buku Program oleh JAKIM, Majlis Perasmian Sambutan Jubli Emas 50 tahun Masjid Negara akan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Buku Khas Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara, Dokumentari Khas Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara, Wang Syiling Peringatan Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara dan juga Setem Khas Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara akan di adakan pukul 10.30 pagi pada 27 Ogos 2015 nanti.
Untuk pengetahuan anda, Masjid Negara yang mula beroperasi dari 1965 yang telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Almarhum Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail pada 27 Ogos 1965. JAKIM telah menubuhkan jawatankuasa kerja bagi melicinkan perjalanan program Sambutan Jubli Emas 50 Masjid Negara ini yang mana akan melibatkan 27 buah agensi, 24 jawatankuasa dan 18 program.
Setakat artikel ini ditulis, tidak ada lagi kenyataan rasmi daripada Bank Negara Malaysia mengenai syiling ini. Kami juga tidak pasti jika ianya adalah Syiling yang diperakui sah (legal tender) atau hanya sekadar medallion
Jika sesiapa ada maklumat yang lain, mohon kongsikan disini.
Terima kasih.
PS:Info awal kami dapat daripada rakan blogger syilingperingatan.blogspot.com.