Jumaat, 25 September 2015

Kenapa duit syiling lama harganya murah

Ramai yang datang dari blog copypaste haram bertanya apa itu VF=FV didalam senarai harga duit syiling Malaysia yang saya kongsi. Mereka mungkin tak faham kerana blog copypaste haram cuma menyebarkan harga duit syiling sahaja, maklumat lengkap tidak diberi.

VF=FV

Mohon kepada yang bertanya tu, kalau betul anda baca dari blog lain sekalipun, rujuk balik senarai harga asal yang ada didalam blog ini; Senarai lengkap harga duit Malaysia.

Apa yang saya tulis didalam artikel ini hanya untuk syiling edaran sahaja bukan syiling-syiling lain.

Apa itu syiling edaran? Bahasa paling mudahnya, syiling yang anda guna setiap hari, nak lebih faham, syiling parlimen, syiling bunga raya dan syiling siri baru.

VF yang dimaksudkan didalam artikel-artikel harga syiling edaran yang saya kongsi tersebut merujuk kepada gred duit syiling Very Fine.

Jika anda tak faham dan nak belajar, boleh baca artikel yang saya tulis sebelum ini; coin grading for newbies.

Kenapa duit anda itu berharga murah?

Jawapan kepada soalan tersebut juga telah saya kongsikan sebelum ini didalam artikel; Kenapa duit lama berharga tinggi.

Jumlah mintage (tempaan/cetakan) duit syiling anda ada terlalu banyak, gred atau kondisi duit syiling anda hanya VF, tidak ada permintaan di pasaran duit syiling serta duit syiling pada gred tersebut ada banyak dipasaran.

Kalau didalam bahasa mudahnya, duit syiling anda itu tak laku, tiada harga pasaran, hanya ada nilai mukanya (10 sen, 20 sen, 50 sen etc).

Bagaimana dengan duit syiling 50 sen berparit 1967, 1968 dan 1969 yang boleh jual sehingga sejuta sekeping didalam artikel http://bit.ly/1dQgwgK?

Didalam blog ini, jika anda malas membaca memang anda tak faham. Baca dengan teliti, letakkan ke tepi angan-angan anda nak jadi jutawan segera, jangan jadi si luncai.

Bagaimana pula dengan iklan yang keluar mengatakan ada yang nak beli 50 sen 1967 pada harga RM27,000 serta 20 sen 1988 pada harga RM38000 http://bit.ly/1Fln58u?

Iklan tersebut tiada kaitan dengan pihak kami, jadi tanyalah tuan punya iklan. Jika rasa mereka tipu, buat complaint dengan Facebook sebab page dia tu nak scam orang. Dunia numismatik ni kecil jer, bukan sukar nak tahu siapa punya angkara.

Jika nak lihat maklumat percuma pun tak mampu dan tak faham, saya rasa anda tak perlulah membuang masa orang lain.

Tidak perlulah sibuk bertanya harga duit syiling yang anda ada serta mempromosi duit syiling yang anda ada dimana-mana.

Belajarlah jangan jadi si Luncai, orang offer 50 sen 1967 pada harga RM27,000 dah tepuk tangan sampai jatuh pokok. Hahahaha....