Jika anda peminat duit syiling Malaysia, anda pasti tahu senarai mintage atau jumlah keluaran duit syiling edaran tidak pernah dikeluarkan secara rasmi oleh Bank Negara Malaysia kepada orang awam.
Pada ketika ini, jumlah mintage yang menjadi panduan kepada collector diperolehi daripada buku katalog Steven Tan dan juga KN Boon. Ada yang mengatakan jumlah mintage yang dikongsi tersebut dikeluarkan oleh Bank Negara kepada mereka. Berbanding dengan buku katalog lain, buku mereka mendapat kelulusan Bank Negara. Sewajarnya Bank Negara menyemak maklumat yang dikongsi untuk menjaga imej baik BNM.
Ada rakan-rakan yang membincangkan tentang jumlah mintage duit syiling yang kurang tepat kerana apa yang dikongsikan didalam buku katalog adalah "approved mintage" untuk tahun tersebut bukannya jumlah sebenar yang dikeluarkan pada tahun itu.
Jika anda teliti betul-betul jumlah yang dikongsikan untuk mintage duit syiling Parlimen dan mintage duit syiling bunga raya, di awal keluaran duit syiling pada tahun 1967, 1968 dan 1969, jumlah keluaran tersebut mempunyai banyak kosong (000) dibelakangnya. Pada tahun 1999 sehingga 2008 juga, kebanyakan nombor mintage tersebut di akhiri dengan (000).
Jumlah ini adalah adalah "approved mintage" dan bukannya jumlah yang sebenar daripada kilang yang mengeluarkan duit syiling tersebut. Untuk duit syiling yang awal, ia dikeluarkan oleh Royal Mint, UK. Ada yang mengandaikan jumlah itu kemungkinan besar adalah tepat kerana mereka perlu membekalkan kepada Malaysia jumlah duit syiling mengikut kontrak yang telah dimeterai.
Apabila Malaysia sudah mula mengeluarkan duit syiling sendiri pada tahun 1971, rekod mintage tersebut diberikan oleh Kilang Wang, Bank Negara.
Jadi tidak hairanlah jika pada tahun 2006, para collector tidak menemui sekeping duit syiling 50 sen tahun 2006 didalam edaran sedangkan jumlah mintage yang dilaporkan buku katalog adalah agak tinggi.
Tahun 2006, syiling 50 sen dibenarkan untuk dicetak sebanyak 19juta keping tetapi tahun untuk duit syiling yang dicetak itu mungkin tertulis tahun 2005 atau 2007. Mungkin juga ianya tidak dicetak kerana jumlah mintage 50 sen sebelum itu adalah lebih 691juta. Satu jumlah yang agak tinggi untuk Malaysia.
Ada jumlah mintage didalam buku katalog adalah "approved mintage" bukannya jumlah duit syiling untuk tahun tersebut tetapi jumlah keluaran duit syiling yang dibenarkan dicetak untuk tahun tersebut.
Bunyinya mungkin tidak ada beza untuk orang biasa tetapi bagi collector ianya adalah dua perkara yang jauh berbeza.
Walau bagaimanapun, ini hanyalah teori sahaja kerana jawapan sebenar ada pada Bank Negara Malaysia. Terpulang kepada anda untuk percaya atau tidak.