Syiling 5 sen 2009 KLCC Twin Tower adalah satu lagi syiling 5 sen Bunga Raya Tower yang dicari oleh pengumpul duit lama. Sebelum ini, pihak kami ada membicarakan mengenai syiling 5 sen 2009 Penang Bridge Tower dan 5 sen 2007 Oriental Pearl Tower.
Pembinaan Menara Berkembar Petronas atau dikenali juga sebagai KLCC Twin Tower memakan masa selama 3 tahun, pembinaannya mula dijalankan pada 1 Mac 1993 dan ia disiapkan pada 1 Mac 1996. Menara setinggi 88 yang dibina di atas tapak Lumba Kuda Kuala Lumpur itu mempunyai 2 menara berkembar dan memakan kos perbelanjaan US$5.6 billion untuk disiapkan.
Apakah ciri-ciri Syiling 5 sen 2009 KLCC Twin Tower:
1. Terdapat dua batang gasing disebelah atas yang kelihatan seperti Menara Menara Berkembar Petronas atau KLCC Twin Tower.
Anda tidak memerlukan kanta pembesar untuk membezakan syiling ini dengan syiling yang lain kerana "Twin Tower" jelas kelihatan. Kesukaran mencari syiling ini berada di ranking yang kedua didalam senarai syiling 5 sen Bunga Raya Tower.
Untuk bukan collector, syiling 5 sen ini adalah antara syiling 5 sen yang mempunyai harga pasaran lebih tinggi daripada nilai mukanya, 5 sen.
Selamat memburu syiling ini kepada anda yang masih belum lagi memilikinya.