Isnin, 16 November 2015

Bukan susah nak cari tapi susah jumpa

Jika anda bukan seorang collector dan terlihat gambar duit syiling didalam ini yang kebetulan anda ada miliki, pasti akan timbul persoalan, adakah duit syiling ini istimewa? Paling tidak pun, soalan standard, berapa agaknya harga duit syiling ini?

Malaysia Coin

Apabila anda kongsikan gambar syiling anda seperti ini di Facebook pasti ada yang mengatakan syiling 1 Ringgit 1971 tu susah nak cari, syiling rare dan tak kurang juga yang akan cakap harganya beribu Ringgit.

Betulkah syiling ini semua berharga tinggi?

Entahlah.., dah penat kami menulis tentang harga syiling 1 Ringgit 1971 ni, nak tahu juga baca artikel ni; Semua syiling 1971 bernilai tinggi?

Nanti kami tulis lebih-lebih, ada pulak yang terasa hati. Masa kita nak jawab soalan dia dan perasaan kita dia tak fikir. Padahal maklumat sudah kami kongsi didalam blog ni, apa salahnya cari sendiri.

Syiling-syiling ini semua bukan susah nak dicari, ada banyak dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Anda susah untuk menemuinya kerana "Collectors" simpan sebagai koleksi dan juga "Treasure Seekers" mencuba nasib untuk menyimpannya dengan harapan ianya akan berharga mahal suatu hari nanti.

Selain itu, syiling-syiling ini apabila telah sampai ke Bank Komersial, besar kemungkinan dihantar semula ke Bank Negara Malaysia untuk dilupuskan.

Namun, ianya (terutamanya syiling biasa) masih boleh didapati dengan mudah jika anda ingin membelinya di kedai menjual duit lama. Harganya tidaklah sampai berpuluh atau beribu Ringgit, sekeping syiling $1 Ringgit 1971 tu boleh dibeli didalam lingkungan harga RM10-25, bergantung kepada kondisi syiling tersebut.

Syiling 50 sen 1967 dan 1968 terbelah yang orang kata boleh jual berpuluh ribu ringgit tu anda boleh beli didalam lingkungan harga RM2-5, bergantung kepada kondisi syiling tersebut.

"Murahnya? Ini mesti nak tipu kan? Ada orang pernah offer kepada saya nak beli syiling ni RM5,000, kamu cuma kata berharga RM10 dan RM2?"

Hahahahaha....

Itu adalah jawapan asal dari seorang pembaca kepada kami.

Sebab itu kami kerap kali kata, belajarlah rajin membaca, jangan asyik dengar khabar angin sahaja.

Tapi kalau dah ada orang offer nak beli RM5,000, jual sahajalah kepada dia, kami bukannya beli pun duit syiling anda tu.

Jangan pula lepas ni ada yang telefon kedai duit lama dalam senarai tu nak jual harga RM10 dan RM2, jikalau stock mereka ada banyak, mereka pun taknak beli.

Belajarlah apa itu mintage duit syiling, apa itu UNC, Extremely Fine, apa itu Very Fine sebab itu semua memainkan peranan didalam menentukan harga duit syiling.

Syiling itu semua ada banyak, bukan susah nak cari tapi susah jumpa didalam edaran sebab ramai sangat orang simpan.