Soalan yang selalu ditanya oleh bukan collector, "Saya ada duit lama, dimana boleh jual?" Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu baca artikel ini, jangan komen di Facebook sebelum anda membacanya. Selain soalan mengenai harga duit lama, soalan ini adalah antara yang paling kerap di ajukan kepada kami.
Malangnya, kebanyakkan mereka yang bertanya itu mengharapkan jawapan di berikan di depan mata mereka dan kalau boleh, nak jual duit lama juga mengikut harga yang mereka harapkan.
Ingat jual duit lama ni, semua harga boleh jual ribu-ribu Ringgit?
Ingat duit dah berpuluh tahun, harganya juga mesti berpuluh ribu Ringgit?
Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut, untuk pengetahuan anda, blog ini bukan tempat jual beli duit lama.
Di sini kami berkongsi maklumat mengenai numismatik di Malaysia.
Harga pasaran duit lama yang kami paparkan di blog ini hanyalah panduan untuk anda bukan tawaran kami untuk membeli duit lama anda.
Jika anda nak datang cuma untuk menjual duit lama, anda tidak akan dapat apa-apa di sini.
Jika anda nak datang untuk spam blog & Facebook page kami dengan iklan jualan anda, kami akan ban anda dari komen blog dan Facebook page kami.
Nak senarai pembeli duit lama?
Ingat jual beli duit lama ni macam jual beli barang kemas ke?
Anda duduk jer diam-diam, pembeli datang dan tunjuk barang kemas yang dia nak, anda beritahu harga, tawar sikit, lepas tu pembeli bayar macam tu?
Ingat semua duit lama itu dibeli oleh pengumpul duit lama?
Anda nak jual duit lama sekurang-kurangnya belajar; adakah duit lama yang anda nak jual itu dicari oleh pengumpul duit lama, berapa harga pasarannya, apakah grednya, adakah ianya syiling tulen atau palsu.
Nak tahu syiling yang dicari oleh pengumpul duit lama, anda perlu belajar berapa banyakkah syiling itu ditempa / dibuat ( mintage ) untuk tahun tersebut? Berapakah jumlah mintage untuk syiling Malaysia yang anda ada itu? Senarai mintage duit syiling tersebut penting untuk anda faham serba sedikit, adakah syiling yang anda ada itu dicari oleh collector.
Anda mungkin jarang nampak syiling yang anda ada tu sebab anda bukan pengumpul duit lama.
Duit syiling pada pandangan mata kasar anda mungkin biasa sahaja atau mungkin anda berpandangan pembeli ni cari duit lama yang cantik berkilat, baru ada harga tinggi.
Betul ke begitu?
Entahlah, ada pakar di luar sana yang kata duit syiling lama perlu dicuci supaya nampak cantik dipandang, baru ada harga.
Kami bukan pakar, nasihat kami "jangan cuci duit lama" anda adalah lebih baik.
Syiling ada gred, gred duit syiling anda itu boleh jatuh jika anda tak pandai nak cuci duit lama, calar sedikit pun sudah boleh menjejaskan harga duit lama tersebut.
Bukan collector juga banyak kali salah faham, harga pasaran duit lama yang dikongsi didalam blog ni harga yang dibeli oleh penjual duit lama.
Guna la logik akal sikit, kalau dah anda nak jual pada penjual, takkan nak jual ikut harga pasaran. Bagaimana penjual tu nak untung?
Belajarlah juga, cara-cara untuk memegang dan menyimpan duit syiling anda. Syiling yang memang berharga mahal sekalipun, jika tidak kena cara menyimpannya, nilainya akan jatuh apabila gred syiling tersebut telah jatuh akibat dari cara menyimpan syiling yang kurang baik.
Panjang pula artikel kami hari ini, mana jawapan kepada soalan "Saya ada duit lama, dimana boleh jual?"
Jawapannya, belajar cari ilmu. Nak jual duit lama perlu belajar serba sedikit mengenai duit lama.
Nak belajar cara jual duit lama, anda perlu ada ilmu mengenai duit lama yang anda nak jual.
Ada duit lebih, beli buku katalog.
Nak jimat duit, baca jer blog.
Jangan jadi Mat jenin, asyik angan-angan nak jadi kaya sahaja, kerja malas, membaca malas. Nak jadi kaya? Hahahahaha....
Nak jual duit lama? 50 sen terbelah tu harga tinggi? Hahahaha....
Tahniah buat anda baca artikel ini sampai habis untuk menambah ilmu, jangan lupa share kepada rakan-rakan anda.