Kepada anda yang berada di sekitar Bandaraya Ipoh, satu Pameran Wang Lama, IPOH COINS FAIR (ICF) Januari 2016, akan di adakan di Angsana Ipoh Mall bermula hari ini (7 Januari) sehingga Ahad ini 10 Januari 2016. Apa yang menarik dengan pameran ini, anda juga boleh bertanya mengenai harga duit lama anda dengan penganjur pameran ini. Namun, pastikan anda datang ke Angsana Mall dengan duit lama yang anda nak nilai tersebut.
Pameran itu di adakan di Ruang Utama Tingkat Bawah (Ground Floor), Angsana Mall. Ianya mula dibuka kepada orang ramai bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. Pameran itu bukan sahaja melibatkan jual beli duit lama tetapi juga setem, barang antik, barangan koleksi seperti ingasnia (lencana, lambang, lambang, simbol, isyarat, peranti, tanda, meterai lama etc), album piring hitam lama, telefon lama, kamera lama dan juga lukisan.
Menurut penganjur Pameran Wang Lama Ipoh 2016, Raymond Chow, ini adalah kali pertama setelah lebih kurang 15 tahun, pameran dan jualan duit lama secara besar-besaran di adakan di Bandaraya Ipoh. Beliau telah menjemput ramai penjual duit lama, penjual setem dan juga penjual barang antik dari seluruh negara untuk hadir bersama-sama menjayakan pameran ini.
Kepada mereka yang nak datang untuk membuat penilaian duit lama, boleh datang ke Pameran Wang Lama ini dan bertemu dengan Encik Raymond Chow. Selain wang lama, beliau juga akan cuba membantu memberi penilaian ke atas sebarang koleksi yang anda ada. Anda boleh menghubungi beliau di nombor telefon seperti yang tertera didalam gambar. Namun, pastikan anda datang sendiri ke Angsana Mall dengan koleksi anda untuk memudahkan penilaian dibuat.
Kepada anda yang tak tahu dimana letaknya Angsana Mall, ianya juga dikenali sebagai Greentown Mall dan terletak berdekatan dengan Jalan Hospital, Ipoh. Tapak pameran tersebut berdekatan dengan Uda Ocean, Ruang Utama Tingkat Bawah (Ground Floor), Angsana Mall.
Tahniah kepada penganjur, semoga IPOH COINS FAIR (ICF) Januari 2016 berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.
Kepada orang Ipoh, jangan lupa sama-sama meramaikan Pameran Wang Lama Ipoh di Angsana Ipoh Mall.