Ramai yang mungkin sudah maklum, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Pertandingan Mereka bentuk duit syiling peringatan 2016. 3 reka bentuk syiling akan dipertandingkan oleh BNM, bermakna kemungkinan besar ada 3 syiling peringatan yang akan dikeluarkan untuk 2016.
Kepada yang masih belum tahu, sila baca berita sebelum ini di BNM Coins Design Competition 2016.
Kali terakhir BNM pernah mengadakan pertandingan sebegini adalah pada tahun 2008 untuk rekabentuk Syiling Peringatan 50 tahun BNM pada 26 Januari 2009. Pertandingan tersebut dimenangi oleh En. Zulkefli Bin Abdul Aziz dari Pasir Gudang, Johor. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.
Pertandingan pada tahun 2008 itu juga terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Pertandingan Reka Bentuk Duit Syiling Peringatan untuk tahun 2016 ini hanya dibuka kepada Fakulti Seni dan Reka Bentuk / Reka Bentuk Perindustrian, Institusi Pengajian Tinggi (Awam & Swasta). Hanya wakil Institusi Pengajian Tinggi yang berminat dijemput hadir untuk sesi taklimat di Jabatan Pengurusan matawang & operasi, bangunan Bank Negara Malaysia, Jalan Dato Onn pada hari Isnin (11 Januari) dan Rabu (13 Januari), pada jam 3pm.
Pertandingan reka bentuk untuk dua peristiwa syiling akan diadakan dari 11 Januari 2016 hingga 29 Januari 2016, manakala bagi acara syiling ketiga akan diadakan dari 11 Januari 2016 hingga 29 Februari 2016. Hadiah tempat pertama untuk setiap acara duit syiling peringatan adalah RM10,000, RM5,000 dan RM3,000 masing-masing.
Kami pernah menyebut mengenai keperluan untuk mengadakan pertandingan rekabentuk ini Sepertimana yang di suarakan oleh kami didalam artikel, cadangan tambah baik syiling peringatan baru.
Walaupun ada rakan yang bersuara, "suatu yang merugikan apabila BNM menghadkan penyertaan kepada Institusi Pengajian Tinggi sahaja kerana ada ramai Pereka Bentuk diluar sana yang berbakat besar dan ingin mencuba nasib".
Pendapat kami, mungkin BNM sedang mencari bakat baru untuk diserapkan didalam kumpulan pereka bentuk syiling peringatan mereka.
Pendapat anda?