Hari ini, rakan blogger syilingperingatan.blogspot berkongsi maklumat mengenai khabar angin Syiling 50 tahun Yayasan Sabah. Sambutan ulang tahun ke-50 Yayasan Sabah akan diadakan pada 9 Mei ini di Auditorium Tun Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.
Sambutan tersebut akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah Datuk Seri Musa Aman.
Jika khabar angin Syiling Peringatan Jubli Emas Yayasan Sabah ini betul, besar kemungkinan ada tiga syiling peringatan akan dilancarkan didalam masa terdekat.
Sebelum ini, kami ada berkongsi mengenai khabar angin Syiling Sambutan Hari Ulangtahun ke-70 Radio Televisyen Malaysia (RTM). RTM secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1946 tetapi sambutan rasmi untuk tahun ini masih belum dibuat.
Satu lagi syiling yang masih belum dilancarkan (jika khabar angin ini betul) ialah Syiling peringatan Jubli Emas FELCRA. FELCRA ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966. Setakat hari ini, tidak ada sambutan secara rasmi dilaksanakan oleh FELCRA.
Untuk Senarai Syiling Peringatan yang mungkin akan dikeluarkan untuk tahun 2016, boleh baca artikel kami sebelum ini; Khabar angin Syiling Peringatan 2016.
Yayasan Sabah telah ditubuhkan secara rasmi pada 10hb Mei 1966 melalui Enakmen No. 8 Dewan Undangan Negeri Sabah.
Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun atau (Tun Mustapha), Ketua Menteri Sabah yang pertama telah mencadangkan supaya suatu Yayasan ditubuhkan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran untuk belia Sabah secara percuma di dalam ucapannya di Mesapol, Sipitang pada 9 November 1995.
Petikan ucapan bersejarah Tun Mustapha ini berbunyi:
"Dicadangkan supaya ditubuhkan satu yayasan yang diberi nama Yayasan Sabah untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan pelajar-pelajar bagi meninggikan pelajaran anak-anak negeri Sabah yang cerdik pandai tidak kira apa bangsa, agama dan kaum".
Bermula dari hanya sebuah badan berkanun kerajaan negeri yang mempunyai sebuah pejabat kecil di Bangunan Bank Chung Khiaw di Jalan Gaya, Kota Kinabalu. Kini, Yayasan Sabah telah berkembang dan mempunyai sebuah bangunan menara yang menjadi mercu tanda bagi Kota Kinabalu, Menara Tun Mustapha atau dikenali juga sebagai Menara Yayasan Sabah.
Yayasan Sabah dengan visi 'Organisasi yang Dinamik, Berjiwa Rakyat, Komited dan Prihatin' menyerlahkan misi organisasi untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia yang tinggal di Sabah.
Sumber:
1. Ucapan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Y.A.B. Datuk Chong Kah Kiat di majlis penamaan bangunan Yayasan Sabah sebagai "Menara Tun Mustapha" sempena ulangtahun ke-35 penubuhan Yayasan Sabah, auditorium Yayasan Sabah, 31 julai 2001.