Ahad, 15 Mei 2016

Anda sudah bersedia untuk berbaris esok?

Berus dan ubat gigi, bantal, khemah, ubat nyamuk, sabun mandi dan tidak lupa juga makanan dan minuman adalah antara barang-barang yang perlu disediakan untuk bermalam di Sasana Kijang. Mungkin ada bukan collector yang bertanya buat apa bermalam di Sasana Kijang?

colgate

Esok (16 Mei), Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan Ulang Tahun Yayasan Sabah ke-50 yang akan dijual Sasana Kijang, Pejabat-pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta Cawangan Bank Negara Malaysia di Kuala Terengganu.

Kalau dah jual esok, kenapa perlu bermalam di sana?

Untuk pengetahuan bukan collector, BNM hanya mengeluarkan 500 set single silver peruf untuk duit syiling tersebut. Kebanyakkan daripada mereka yang bermalam dan beratur awal di Sasana Kijang hendak membeli set single silver peruf tersebut, sama ada untuk menyimpannya sendiri atau untuk menjualnya kepada orang lain.

Untuk pengetahuan bukan collector juga, jumlah 500 set single silver peruf bukan semua akan dijual pada 16 Mei ini, kemungkinan besar, ada yang dijual kepada kakitangan Yayasan Sabah dan juga kakitangan BNM sendiri.

Jika mengikut jumlah anggaran jualan syiling peringatan 70 tahun RTM sebelum ini, hanya lebih kurang 150 set.

Rakan-rakan collector yang beratur tu bukan semuanya disebabkan oleh kerana set single silver peruf ini boleh dijual pada harga tinggi. Ada di antara mereka yang sejak dulu dah kumpul set single silver peruf setiap keluaran syiling peringatan BNM.

Kalau tak berbaris, terpaksa beli dari orang lain dengan harga sekurang-kurangnya sekali ganda dari harga jualan BNM, itu pun jika ada yang mahu menjualnya.

Namun, ramai juga yang ikut berbaris tu ejen, investor, seller dan juga konco-konco seller yang di upah.

Kalau di BNM Pulau Pinang, ada rakan yang melaporkan konco-konco seller ni berlagak samseng, datang lambat tapi nak duduk depan.

Apa pun, pihak kami berharap BNM membantu menjaga keselamatan rakan-rakan yang bermalam di Sasana Kijang dan juga cawangan BNM yang lain.

Ada yang kata mereka akan mula berada di Sasana Kijang seawal jam 7 malam hari ini untuk mempastikan mereka berada di barisan hadapan. Sebelum ini, rakan-rakan yang datang jam 5 pagi tidak dapat membeli syiling single silver peruf.

Ada yang datang jauh daripada Seremban, Sungai Petani, Kuantan dan juga Ipoh semata-mata ingin mendapatkan syiling peringatan BNM.

Jika anda nak set syiling 2 dalam 1 sahaja, nasihat kami tidaklah perlu membuang masa beratur di Sasana Kijang.

Setakat ini, untuk set syiling 2 dalam 1 datang jam 8 pagi pun dah pasti boleh dapat lagi.

Jadi rakan-rakan semua, anda sudah bersedia untuk berbaris esok?

Jangan lupa bawa payung dan juga baju hujan, ramalan cuaca kata hari esok hujan lebat disebelah pagi.