Isnin, 23 Mei 2016

Beli kerana rekabentuk cantik atau....

Adakah anda beli syiling peringatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia kerana rekabentuknya yang cantik atau kerana terpaksa beli? Kami tahu, ramai yang berebut nak beli tu kerana berharap akan dapat untung.

beli syiling

Termasuklah juga dengan para macai, runner, orang upahan serta orang suruhan yang dibayar untuk berbaris membeli syiling peringatan.

Hobi ini bukan skim cepat kaya tetapi ramai yang mengejar kekayaan dengan hobi ini.

Berbalik kepada persoalan, adakah anda membeli syiling peringatan kerana rekabentuknya yang menarik atau....

1. Terpaksa beli kerana dah kumpul sebelum ini (anda collector)
Kalau anda collector syiling peringatan, beli kerana nak dapatkan setiap syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM sebagai koleksi adalah lumrah kebiasaan. Kalau tak dapat beli tu, memang rasa nak tidur pun susah selagi belum dapat pegang syiling tu depan mata. Bak kata rakan blogger syilingperingatan.blogspot, buruk macamana pun rekabentuk syiling BNM kita mesti beli juga untuk simpan.

2. Beli kerana nak jual semula
Kalau dah nama dealer, mestilah nak beli untuk jual semula pada harga yang tinggi dari harga jualan untuk mendapat keuntungan. Namun, bukan semua dealer cekik darah ada juga yang baik hati, ambil untung RM20 untuk satu syiling silver 2 in 1 pun dah memadai.

3. Beli untuk pelaburan
Ramai orang kata, beli duit syiling ini boleh dijadikan sebagai pelaburan. Tahun depan boleh jual harga sekali ganda dari harga asal. Jika anda berfikiran sedemikian, sila baca artikel kami sebelum ini; kesilapan yang dilakukan oleh pelabur syiling peringatan.

4. Para macai, runner, orang upahan
Ini adalah karier baru di Malaysia dan iklan jawatan akan dibuka semasa Syiling Peringatan dijual oleh BNM. Hahahaha.... Pastikan anda boleh tahan tidur di kaki lama dan tepi jalan dan juga bersedia untuk berpanas berhujan. Upah lumayan sehingga RM200 untuk sehari....

5. Pernah bekerja atau sedang bekerja di tempat yang menjadi tema syiling
Sebagai contoh, jika syiling RTM, pastinya ramai daripada mereka yang pernah bekerja atau sedang bekerja di RTM akan membeli syiling tersebut untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Biasanya mereka yang bukan collector tetapi membeli syiling kerana sebab begini, mereka ini bangga serta rasa bertuah dapat bekerja ditempat tersebut.

6. Beli kerana rekabentuk syiling itu cantik
Di Malaysia ini, jarang-jarang ada yang beli duit syiling tersebut kerana rekaannya yang cantik. Sebab itu rekabentuk duit syiling peringatan Malaysia ni, teknik yang digunakan sama sahaja dari dulu sehinggalah sekarang. Tambah warna sahaja kononnya bagi cantik, warna pada duit syiling sebenarnya tidak memberi nilai tambah kepada syiling. Silap-silap menjadikan syiling tersebut menjadi buruk.

7. Beli sebab kawan-kawan
Di Malaysia juga, jarang-jarang ada yang beli duit syiling peringatan kerana terikut dengan kawan-kawan? Betulkah?


Jadi anda beli duit syiling peringatan kerana apa? Rekabentuknya yang cantik atau....