Sabtu, 14 Mei 2016

BNM keluarkan syiling setiap bulan?

Ada yang sudah mula mengeluh Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan duit syiling peringatan hampir setiap bulan atau jarak hari jualan yang amat dekat antara satu sama lain. Selepas syiling 70 tahun RTM yang dijual pada 25 April, berita terbaru, BNM akan mula menjual Syiling 50 tahun Yayasan Sabah pada 16 Mei.

BNM

Kemungkinan besar, BNM juga akan mula menjual syiling 100 tahun Pandu Puteri Malaysia pada awal Jun 2016.

Walaupun kebanyakkan pengumpul duit syiling peringatan menyokong usaha BNM yang cuba untuk mengeluarkan lebih banyak syiling peringatan didalam setahun. Namun, ada juga suara-suara sumbang yang mengeluh dan tidak bersetuju dengan usaha yang cuba dilakukan oleh BNM.

Antara alasan yang mereka perkatakan ialah pengeluaran yang kerap menyebabkan mereka tidak mempunyai modal kewangan untuk membeli setiap syiling peringatan yang dikeluarkan oleh BNM.

Kami sebelum ini ada berkongsi cerita khabar angin mengenai syiling peringatan yang mungkin dikeluarkan pada tahun 2016.

Walaupun cerita itu hanya khabar angin, kebanyakkan cerita tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Ada collector yang mungkin tidak menyedari kenapa cerita itu dikongsi.

Tujuan utamanya adalah supaya semua pengumpul duit syiling peringatan boleh bersedia dengan wang masing-masing, bergantung kepada duit syiling yang ingin dibeli.

Harga duit syiling peringatan BNM rasanya tidak berubah lagi; RM10.60 untuk coincard, RM212 untuk single silver dan RM265 untuk set 2 dalam 1 (termasuk gst).

Simpanlah duit awal-awal untuk membeli syiling yang ingin disimpan. Cuma jika hendak membeli syiling single silver tu susah sedikit sebab jumlahnya tu agak rendah berbanding dengan jumlah collector yang anda. Kami ada menulis mengenainya sebelum ini disini; pilihan antara syiling 2 in 1 atau single silver.

Selepas syiling 100 tahun Pandu Puteri Malaysia, kemungkinan besar ada 2 lagi syiling peringatan yang akan keluar; Syiling Sambutan Hari Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30 dan juga Syiling sambutan 111 tahun Universiti Malaya.

Ada yang kata pengeluaran syiling yang kerap sebegini akan menyebabkan harga duit syiling peringatan akan jatuh sepertimana yang berlaku dengan setem kenangan.

Bagi kami, jatuh atau naiknya harga duit syiling peringatan adalah perkara biasa didalam numismatik Malaysia.

Mungkin kebanyakkan yang mengeluh itu adalah pengumpul baru.

Nasihat kami, hobi itu bukanlah tekanan. Beli sekadar yang anda mampu dan jangan membeli ikut kemampuan orang lain.

Ukur baju di badan sendiri.