Isnin, 30 Mei 2016

Masihkah anda ingat 4 tahun yang lalu?

Pada 29 Mei 2012, Syiling peringatan sempena ulang tahun ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah. Pada tahun ini, 28 Mei, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah sekali lagi melancarkan Syiling 100 tahun Pandu Puteri Malaysia.

Pandu Puteri

Bagi collector yang kebanyakkannya bukan ahli Pandu Puteri ni sudah pasti weng sekejap. Kenapa 4 tahun yang lalu dah keluar, tahun ni nak keluar lagi.

Untuk mereka yang masih lagi tidak faham, didalam bahasa mudahnya, syiling untuk tahun 2012 itu adalah untuk Sambutan 100 Tahun World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS). Ianya adalah pertubuhan antarabangsa untuk Girl Guides yang beribu pejabat di Hungary.

Syiling untuk tahun 2016 adalah sempena dengan Ulangtahun Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Menurut laman web Pandu Puteri:
"Pandu Puteri bermula di Kuala Lumpur pada tahun 1916 dan pada tahun 1917 Persatuan Pandu Puteri Malaysia telah didaftarkan dengan Ibu Pejabat Pandu Puteri di Calcutta, India. Pusat pentadbiran Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Mulai tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertapak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur."
Sumber: www.panduputeri.org.my

4 tahun yang lalu, syiling ini dijual di Bangunan BNM di Jalan Dato Onn dan pada waktu itu hujan. Pada waktu itu juga, seorang hanya boleh pilih sama ada set single atau set 2 dalam 1 serta 10keping coincard. Pada ketika itu, orang ramai berebut beli set 2 dalam 1. Khabar angin pada waktu itu, di Ibu Pejabat BNM hanya ada terjual 40 set 2 dalam 1, 90 set single silver dan lebih kurang 3,000 coincard. Boleh baca selanjutnya di: BNM KL Pandu Puteri Coin sales.

Untuk flashback, pada waktu itu, BNM mengeluarkan 15,000 coincard, 600 single silver dan 500 set 2 dalam 1.

Pada waktu itu juga, ada syiling yang dibeli oleh collector melalui Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mereka membelinya didalam kuantiti yang sangat banyak (ada yang dengan bangganya merakam gambar mereka bersama syiling-syiling tersebut). Jangkaan kami, perkara ini akan berlaku sekali lagi. Terutamanya jika para collector-collector tersebut masih mempunyai contact dengan pegawai Pandu Puteri tersebut.

Untuk pengetahuan anda, jualan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada waktu itu dimulakan lebih awal daripada jualan collector.

Nak cerita isu rekabentuk tak menarik, bagi kami dah itu mungkin standard yang diberi kepada pembuatnya, jadi kenalah ikut arahan.

Walau bagaimanapun, kami lebih tertarik jika imej wanita pada logo sambutan 100 tahun Pandu Puteri Malaysia itu menjadi kenyataan di permukaan syiling Malaysia.

Masihkah anda ingat 4 tahun yang lalu?