Isnin, 25 Julai 2016

Hanya Medallion Muzium TUDM bukan syiling peringatan

Sebelum ini kami ada membincangkan mengenai Syiling peringatan yang akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) seterusnya setelah 4 syiling peringatan dikeluarkan untuk tahun 2016; Syiling seterusnya: FELCRA atau Muzium TUDM?

Muzium TUDM

Terima kasih kepada rakan blogger MK Anwar yang berkongsi maklumat mengenai "Syiling" sambutan Hari Ulang Tahun Muzium TUDM ke-30. Syiling tersebut seperti mana yang kami bincangkan sebelum ini hanyalah medallion bukannya syiling peringatan rasmi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Medallion berwarna itu menggunakan rekabentuk yang sama sepertimana semasa hari pelancarannya sempena dengan Hari terbuka Muzium tersebut pada 13 Febuari 2016.

Muzium TUDM
Gambar dari rakan blogger solidusdenarius.com

Menurut maklumat tersebut, hanya ada 40 set sahaja yang dikeluarkan untuk sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Muzium TUDM Ke-30.

Rupabentuknya tidak ubah seperti "Challenge coin" yang biasanya dikeluarkan oleh tentera Amerika Syarikat sebagai menghargai jasa anggota tentera mereka. Tidak dapat dipastikan kepada siapakah Medallion Hari Ulang Tahun (HUT) Muzium TUDM Ke-30 ini diberikan dan adakah ianya dijual kepada umum.

Semoga pengesahan ini menghentikan spekulasi mengenai Syiling Hari Ulang Tahun (HUT) Muzium TUDM Ke-30.

Namun, apakah syiling peringatan seterusnya yang akan dikeluarkan oleh BNM? Adakah ada lagi syiling peringatan untuk tahun 2016?