Isnin, 1 Ogos 2016

Mintage: maksud & peranannya didalam numismatik

Apakah yang dimaksudkan sebagai mintage didalam numismatik? Bagi kebanyakkan collector, perkataan ini sudah sering disebut dan difahami tetapi bagi kebanyakkan bukan collector, ramai yang keliru dan tidak faham apakah yang dimaksudkan sebagai mintage.

Mintage

Pelik tetapi benar, ada bukan collector yang silap faham dan menganggap mintage sebagai "harga duit syiling" kerana untuk duit syiling Malaysia, mintage pada kebiasaannya mempunyai nombor berjuta.

Mintage bermaksud: Tempaan atau kuantiti jumlah duit syiling yang dihasilkan.

Kuantiti jumlah duit syiling yang ditempa adalah penting didalam numismatik kerana ia membantu menentukan harga sesuatu duit syiling yang dikeluarkan oleh kilang wang. Walau bagaimanapun, tempaan bukanlah satu-satunya faktor yang menentukan nilai harga duit syiling. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menentukan nilai harga pasaran duit syiling.

Jika jumlah tempaan duit syiling tertentu adalah rendah sebagai contohnya syiling 10 sen 1971, ia sudah pasti sukar untuk didapati untuk semua gred syiling didalam edaran.

Jika jumlah tempaan duit syiling itu tinggi, ada faktor-faktor lain yang memainkan peranan untuk menentukan harga duit syiling. Sekiranya syiling untuk tahun tersebut telah banyak disimpan ketika ianya mula dikeluarkan, nilai dalam gred Uncirculated sudah pasti menjadi lebih rendah kerana ada ramai orang yang memilikinya. Sebaliknya, jika syiling edaran yang baru dikeluarkan tidak banyak disimpan semasa ianya mula-mula dikeluarkan, nilai pasaran untuk gred yang lebih tinggi (Uncirculated) akan menjadi lebih mahal.

Untuk syiling Malaysia, tidak ramai daripada collector yang menyimpan duit syiling Parlimen dan Bunga Raya semasa ianya mula-mula dikeluarkan berbanding dengan duit syiling siri ketiga. Pada ketika itu, kesedaran mengenai numismatik dan juga jumlah collector (pengumpul, penjual dan juga investor duit lama) adalah sangat kurang jika hendak dibandingkan dengan sekarang.

Setakat artikel ini ditulis, tidak ada lagi jumlah tempaan rasmi syiling Malaysia yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk mana-mana duit syiling edaran Malaysia.

Jumlah tempaan yang ada pada ketika ini adalah daripada buku katalog Steven Tan dan KN Boon dan ianya sudah lama tidak dikemaskini (syiling tahun 2010 ke atas tiada nilai tempaan). Sebagaimana yang dibincangkan sebelum ini, ada di antara jumlah mintage syiling Malaysia yang tidak tepat kerana apa yang dikongsikan adalah jumlah "approved mintage" bukannya "actual mintage".

Semoga suatu hari nanti BNM sudi untuk berkongsi jumlah tempaan duit syiling Malaysia kepada para collector duit lama.