Tahniah kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kerana dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong yang ke-15, Istiadat Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 dijangka akan di adakan pada 13hb Disember ini.
Tahniah juga kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah kerana dipilih sebagai Timbalan Yang Di-Pertuan Agong.
Tahniah juga di ucapkan kepada rakyat Kelantan yang sudah pasti gembira dengan perlantikan Sultan mereka sebagai bakal Yang Dipertuan Agong yang ke-15.
Perlantikan ini menimbulkan tanda tanya di kalangan pengumpul syiling peringatan, adakah Syiling Peringatan Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 akan menjadi syiling terakhir untuk 2016 yang akan dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM)?
Adakah untuk kali ini, BNM akan membuat suatu kelainan?
Ada yang bertanya, apa kelainan yang akan dibuat oleh BNM?
Anda kena baca artikel kami sebelum ini: 60 years Merdeka notes designs.
Walaupun ianya hanyalah satu khabar angin tetapi ianya telah lama menjadi perbualan rakan-rakan numismatik.
Wang kertas 600 Ringgit yang akan dikeluarkan dikatakan lebih besar daripada kertas A4, bertujuan untuk memegang rekod sebagai wang kertas edaran yang terbesar di dunia.
Setakat hari ini, Wang Kertas 100,000 peso Filipina yang dicetak oleh Giesecke Devrient dari Munich, Jerman memegang rekod sebagai Wang kertas yang di akui sah (legal tender) terbesar didunia dengan ukuran measuring 22 x 33 cm (8 ½ x 11 in). Hanya 1,000 keping wang kertas tersebut yang dikeluarkan untuk memperingati 100 tahun pengisytiharan pertama kemerdekaan Filipina, telah dikeluarkan.
Apa kaitan wang kertas tersebut dengan Yang Dipertuan Agong yang ke-15, bukankah ianya dikeluarkan sempena dengan 60 tahun kemerdekaan?
Khabar angin mengatakan, gambar 15 Yang Dipertuan Agong akan di abadikan pada wang kertas tersebut, antara rekabentuk yang diperkatakan oleh rakan-rakan numismatik. Ianya juga dikatakan akan dikeluarkan pada penghujung tahun ini, bukannya pada Hari Kemerdekan ke-60 tahun.
Apa-apa hal pun, ianya cuma khabar angin.
Kita cuma boleh berharap BNM akan mengeluarkan syiling peringatan untuk Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-15 Sultan Muhammad V.
Anda semua sudah bersedia? Pendapat anda bagaimana?