Isnin, 14 November 2016

Duit lama bukannya duit buruk

Ramai bukan collector yang beranggapan duit lama yang mereka simpan sangat berharga dan boleh memberikan pulangan yang lumayan jika ianya dijual kepada pengumpul duit lama. Malangnya, ramai yang tidak sedar duit lama yang mereka simpan sebenarnya hanya mempunyai nilai muka atau nilai denominasi syiling tersebut. Sedarkah anda, apa yang anda simpan itu, duit lama atau duit buruk?

duit lama

Persepsi bukan collector, apa sahaja duit yang berusia lebih tua (berdasarkan tahun syiling tersebut) dari mereka adalah duit lama yang berharga. 😭

Persepsi "pengumpul duit lama akan membeli apa sahaja duit lama" juga amat kuat meresap di fikiran kebanyakkan bukan collector. 😦

Percaya atau tidak, ada bukan collector yang walaupun telah dimaklumkan bahawa duit syiling yang mereka ada itu tidak berharga, tidak akan percaya dengan nasihat yang diberikan. Mereka akan berusaha untuk menjualnya kepada orang lain, "mencuba nasib" untuk mencari keuntungan segera.

Hobi mengumpul duit lama bukannya mudah, anda perlu ada ilmu untuk menilai yang mana satu intan permata dan yang mana satu hanya kaca biasa.

Bukan semua duit lama yang anda ada itu dicari oleh collector duit lama. Kami telah menulis artikel sebelum ini; kenapa duit lama berharga. Baca dan fahami, itupun jika anda seorang yang rajin membaca.

Kebanyakkan dari mereka yang "mencuba nasib" ini tidak berminat membaca. Ada yang membaca sekadar 140 patah perkataan pertama sahaja dia dah faham apa cerita yang ingin disampaikan. 😦 Macamana nak tahu? Kalau anda dah baca artikel ini sampai bahagian ini, anda bukanlah yang kami maksudkan.

Kami ada kongsikan mengenai duit syiling Malaysia yang berharga didalam album di Facebook. http://bit.ly/2g7aM8U

Ada yang berkata mereka ada syiling tersebut, sebaik sahaja ia dikongsikan, tak tengok pun gambar-gambar duit syiling yang kami kongsi dan tidak membaca maklumat yang kami kongsikan.

Ramai bukan collector yang merungut, koleksi duit lama yang mereka ada tidak berjaya dijual tetapi mereka tidak sedar koleksi duit lama hanya "duit buruk" kepada para pengumpul duit lama.

Mungkin ada yang bertanya, apa yang dimaksudkan sebagai duit buruk?

Jika anda seorang collector, anda akan faham apa yang kami maksudkan. 😄

Jika anda rajin membaca apa yang kami kongsikan disini, anda tidak akan membuang masa menyimpan "duit buruk". Lebih baik ianya digunakan untuk membeli barang keperluan dapur kerana jika disimpan 1,000 tahun sekalipun, duit sebegini tetap akan menjadi "duit buruk" buat para pengumpul duit lama.

Kami cuma memberikan nasihat dan panduan, terpulanglah kepada anda, ingin menyimpan duit lama atau pun duit buruk. 😄

Hobi ini bukanlah tempat "pencuba nasib" mencari keuntungan.