Rabu, 21 Disember 2016

Hari Jualan Syiling Peringatan FELCRA

Hari ini, kebanyakkan collector dikejutkan dengan jualan Syiling Peringatan 50 tahun FELCRA yang pengumumannya hanya mula dikeluarkan pada jam 6 petang semalam. Walaupun ada yang datang seawal jam 8 malam tetapi jumlah yang menghadiri hari jualan adalah sangat sedikit jika hendak dibandingkan dengan Hari Jualan Syiling sebelum ini.

Hari Jualan FELCRA

Setakat jam 5.00 pagi, hanya ada 28 orang yang datang di Sasana Kijang dan jumlah itu bertambah kepada lebih kurang 100 orang apabila kaunter mula dibuka pada jam 9.00 pagi.

Hari ini, kelibat dealer yang membawa para konco-konconya sangat kurang, ada pun didalam jumlah yang kecil. Mungkin kerana tidak ada yang membuat pre-order semalam.

Sebelum kami berbicara mengenai Hari Jualan Syiling Peringatan FELCRA, Ada baiknya kami ingatkan kembali tentang maklumat yang pernah kami kongsikan didalam artikel sebelum ini, Syiling FELCRA, berita gembira atau duka?

tempahan

Jika anda lihat kepada jadual di atas, ini adalah jumlah syiling yang telah dibeli oleh FELCRA. Maklumat itu dikongsikan di laman web tayangan slaid secara online untuk persembahan slaid "Taklimat Perlaksanaan Jubli Emas 50 Tahun FELCRA" oleh kakitangan FELCRA.

Jumlah syiling untuk single silver telah dinaikkan kepada 700 set dan juga coincard telah dinaikkan kepada 13,000 set untuk membolehkan ianya dijual kepada orang ramai. Terima kasih kepada BNM kerana prihatin dengan kehendak para collector.

Bayangkan apa akan jadi jika hari ini, tidak ada syiling dijual di BNM?

50 tahun FELCRA

Semasa pelancaran syiling FELCRA di PWTC, dilaporkan ada set syiling 2 dalam 1 yang dijual. Jumlah sebenar jualan tidak diketahui, jika sesiapa ada maklumat, mohon bantu kami berikan maklumat.

Selepas ditolak dari syiling yang telah ditempah oleh FELCRA, hanya tinggal:
  • 1,650 set 2 dalam 1
  • 200 set single silver
  • 3,000 keping coincard
*ini hanya anggaran pihak kami, tiada maklumat sahih.

Syiling FELCRA

Di Sasana Kijang Setiap orang hanya boleh membeli 1 set 2 dalam 1, 1 set single peruf dan juga 3 keping coincard setiap seorang. Tidak pasti di tempat lain adakah keadaannya sama seperti di Sasana Kijang. Nombor giliran hari ini bermula dengan 1023.

Berikut adalah anggaran jumlah syiling peringatan yang dijual kepada orang ramai hari ini:

Jumlah Set 2 dalam 1 Peruf:
Sasana Kijang (masih ada dijual setakat 3pm, 21 Disember)
Kuala Terengganu (tiada info).
Pulau Pinang (tiada info).
Kuching (tiada info).
Kota Kinabalu (tiada info).
Johor Bahru (tiada info).
*mohon komen jika anda ada maklumat untuk tiada info.

Jumlah Set Single Peruf:
Sasana Kijang 41 set (habis jam 9.40am)
Kuala Terengganu 7 set.
Pulau Pinang 14 set.
Kuching 10 set.
Kota Kinabalu 6 set.
Johor Bahru 12 set.
*Hanya lebih kurang 90 set yang dijual kepada collector

Jumlah Coincard:
Sasana Kijang 500 kpg? (info coincard habis jam 1 petang)
Kuala Terengganu (tiada info).
Pulau Pinang (tiada info).
Kuching (tiada info).
Kota Kinabalu (tiada info).
Johor Bahru (tiada info).
*mohon komen jika anda ada maklumat untuk tiada info.

Terima kasih kepada rakan blogger syilingperingatan.blogspot dan juga Tuan Rupinderjit Singh di atas maklumat yang diberikan.

Siri marin dan reptilia

Sesuatu yang tidak kurang menarik juga berlaku hari ini di Kedai Cenderamata Sasana Kijang apabila set duit syiling coin for education Siri Marin & Reptilia dijual dengan hanya set no. 6 (Penyu Belimbing) sahaja yang tidak ada untuk jualan dan set no. 1 kemudiannya hanya boleh beli 1 keping sahaja. Setiap orang dibenarkan untuk membeli 1pack (10kpg) bagi setiap set yang ada (10 siri) Ini menyebabkan ramai yang beratur di Kedai Cenderamata di awal pagi sebelum kaunter Jualan Syiling Peringatan FELCRA dibuka. Terima kasih kepada kakitangan BNM yang sanggup berpuasa sekejap dari bersarapan kerana diserang oleh collector yang mahu mengambil peluang membeli set syiling tersebut.

Anda ada sesuatu yang hendak dikongsikan mengenai Hari Jualan Syiling Peringatan FELCRA ?