Sabtu, 31 Disember 2016

Syiling 50 tahun FELCRA cantik atau tidak?

Sebelum 2017 nak habis, kami nak tanya anda satu soalan mudah, rekabentuk syiling 50 tahun FELCRA yang baru dikeluarkan oleh BNM, cantik atau tidak? Kami ada bertanya mengenainya sebelum ini di Facebook dan Twitter tetapi tidak ramai yang memberikan jawapan.

Apa yang kami maksudkan adalah rekabentuk hadapan duit syiling perak berwarna tersebut.

Kepada anda yang masih belum melihat syiling sebenar, ini gambarnya:

50 tahun FELCRA

Bahagian hadapan duit syiling 50 tahun FELCRA memaparkan imej pokok kelapa sawit dan getah, di tengah-tengah landskap hijau yang melambangkan perniagaan perladangan teras FELCRA, berserta jalan raya yang menuju ke bangunan pencakar langit Kuala Lumpur sebagai latar belakang. Perkataan "SAMBUTAN JUBLI EMAS FELCRA" dipaparkan pada bahagian atas duit syiling manakala tahun 1966-2016 tertera pada bahagian bawah duit syiling ini.

Itu penerangan yang dikeluarkan secara rasmi oleh BNM.

Pada pendapat kami, rekaan syiling FELCRA ini agak ringkas dan juga menarik. Sesuai dengan temanya, FELCRA yang sentiasa dikaitkan dengan Ladang Kelapa Sawit dan juga Ladang Getah, dipaparkan di kanan dan kiri motif utama. Jalan yang berbukit menunjukkan betapa susahnya untuk mencapai tahap kemajuan yang diharungi untuk FELCRA bersama-sama mengapai kemajuan negara, bangunan KLCC dan juga Menara KL menunjukkan kemajuan.

Ada yang kata, adalah lebih baik jika tanah semasa di awal perjalanan itu berwarna kuning gersang, menunjukkan betapa susahnya orang-orang FELCRA yang asal. Selain menambahkan seri serta warna-warni pada syiling. Warna hijau sahaja nampak macam syiling ini jadi kosong sahaja.

Walaupun grafik pada muka hadapan syiling itu tak ubah seperti lukisan kanak-kanak tapi bagi kami ianya sudah cukup untuk memenuhi tema "50 tahun FELCRA".

Seperti biasa, kami masih lagi berharap, BNM sudi untuk berkongsi nama pereka syiling-syiling keluaran mereka, baik yang telah dikeluarkan sebelum ini atau yang akan dikeluarkan pada masa hadapan. Tahun 2016 menyaksikan hanya 1 syiling sahaja yang di umumkan perekanya (Syiling 70 tahun RTM), itu pun melalui rancangan khas RTM. 

Ini Sebahagian dari pendapat rakan-rakan pengumpul syiling peringatan di Facebook:

Zola Abm Sukririeyie
Cantik..syiling dan seni ukir tak akan berpisah

Cham Chiong Leong
Ringkas dan padat. CANTIK!

Stewart Tan Say Liew
Bolehlah.... my pendapat....langit sepatutnya biru sejuk....ni mendung xcukup spotlight....it could be Better.....i will support still anyway....hehehe

Si Mistri
Cantik, boleh diperbaiki untuk isu akan datang

MK Anwar Rangkuti
Cantik. mengimbau kenangan mewarna zaman kanak kanak

Leong Chee Keong
Designnya ok tapi saya masih tak puas hati dengan warna... mungkin terlalu padat menjadikan tak beberapa timbul kesenian ukiran syiling itu.
Warna kalau boleh dlm 30% pada keseluruhan permukaan syiling agar ianya tidak ditenggelami oleh warna berkenaan.
Pendapat peribadi yg masih kurang berpengalaman.

Cikgu Otat Tkrs
Cun melecun, siap ada kaler lg hijau yg mendamaikan, harga getah pun dah naik sekarang 😉

Pendekar Laut
Rasanya lg cantik kalau logo 50 thn tu diwarnakan.

Rp Loh
Boleh tahan..bagi saya recent issue paling cantik adalan design MC2014 memaparkan twin tower vs Great Wall

Amin Hasrul
Pndpt sy design yg biasa shj..tone warna yg kurang menarik..

Anda boleh membaca komen penuh mereka disini:

Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi untuk berkongsi pendapat anda.

PS: Khabar angin yang kami dengar, syiling berwarna ini adalah syiling peringatan berwarna pertama yang dibuat di Kilang Wang, BNM. Tahniah kami ucapkan kepada kakitangan Kilang Wang.