Jumaat, 6 Januari 2017

Tema Syiling Peringatan Malaysia 1969-Terkini

Tema syiling peringatan Malaysia adalah antara perkara yang menarik untuk dibincangkan. Umum mengetahui, kebanyakkan syiling peringatan Malaysia adalah untuk memperingati Hari Ulang tahun. Hari ini kami berkongsi dengan anda tema syiling peringatan yang pernah digunakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari dulu sehinggalah sekarang.

Malaysia Coin

Syiling Peringatan pertama yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hanya bermula pada tahun 1969. Walau bagaimanapun, pada tahun 1967, BNM ada mengeluarkan set peruf duit syiling edaran tahun 1967 sebagai memperingati pengeluaran duit syiling pertama Malaysia.

Apa yang kami kongsikan di sini hanyalah Senarai Syiling Peringatan yang dikeluarkan oleh BNM untuk memperingati sesuatu peristiwa, kejadian atau isu penting. Untuk melihat senarai syiling-syiling lain, anda boleh melihat artikel penuh disini: Senarai Syiling Malaysia.

Bagi BNM mungkin tema syiling peringatan ini tidak penting tetapi bagi collector, ianya adalah salah satu faktor penyebab kenapa mereka membeli syiling tersebut. Kami pernah menulis mengenainya didalam artikel sebelum ini, Adakah tema syiling peringatan itu penting?


Pecahan Syiling Peringatan mengikut Tema:
Jika dibahagikan mengikut tema, Tema Sambutan Ulang Tahun menjadi tema kegemaran Bank Negara Malaysia dengan 37 keluaran syiling peringatan. Ulang tahun BNM dan Ulang tahun Kemerdekaan adalah tema yang sudah sinonim dengan syiling peringatan. Namun, kali terakhir syiling ulang tahun BNM dikeluarkan adalah pada tahun 2009.

Tema Jumlah
Sambutan Ulang tahun (selain BNM & Merdeka) 26
Sukan 7
Persidangan/Mesyuarat Antarabangsa 7
Ulang Tahun Merdeka 6
Ulang Tahun BNM 5
Rancangan Malaysia (RMK) 4
Sambutan Bandaraya 3
Pertabalan YDPA 3
World Wildlife Fund (WWF) 3
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) 1
Pameran Antarabangsa 1

Selain itu, syiling peringatan "Rancangan Malaysia" (RMK) juga sudah lama tidak dikeluarkan, kali terakhir pada tahun 2006 semasa Rancangan Malaysia ke-9. Desas-desus mengenai syiling peringatan Rancangan Malaysia ke-10 sebelum ini tidak pernah muncul. Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020) dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak pada 21 Mei 2015. Jadi, kita kena tunggu RMK-12 kot kalau pun ada syiling ini dikeluarkan lagi.


Pecahan Syiling Peringatan mengikut Potret Sultan / Yang Di-Pertuan Agong:
Hanya ada 7 potret Yang Di-Pertuan Agong pernah digunakan pada syiling peringatan Malaysia. Jika di ambil kira tahun 1969, syiling peringatan Malaysia mula dikeluarkan, ada 4 lagi Yang Di-Pertuan Agong yang tidak di abadikan pada syiling peringatan.

Tema Jumlah
Tuanku Ismail Nasiruddin Shah 1
Tuanku Abdul Rahman 1
Sultan Haji Ahmad Shah 1
Tuanku Syed Sirajuddin 1
Tuanku Mizan Zainal Abidin 1
Tuanku AlHaj Abdul Halim Muadzam Shah 1


Pecahan Syiling Peringatan mengikut Potret Perdana Menteri:
Jika dibahagikan mengikut potret Perdana menteri Malaysia pada duit syiling, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi Perdana Menteri kegemaran BNM untuk diletakkan sebagai motif rekabentuk syiling peringatan. Sepertimana yang kami tulis sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak masih tidak ada potret mereka di abadikan pada syiling peringatan.

Tema Jumlah
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj 3
Tun Abdul Razak 2
Tun Hussein Onn 1
Tun Dr. Mahathir Mohamad 0
Tun Abdullah Badawi 1
Dato' Seri Najib Tun Razak 0


Pecahan Syiling Peringatan mengikut imej Bangunan:
Menara Berkembar Petronas (KLCC) adalah imej bangunan yang digemari oleh pereka-pereka syiling peringatan BNM. Ikon bangunan tersebut telah digunakan sebanyak 8 kali, diikuti dengan KL Tower sebanyak 7 kali dan Bangunan Sultan Abdul Samad sebanyak 6 kali.

Tema Jumlah
Bangunan KLCC 8
KL Tower7
Bangunan Sultan Abdul Samad 6
Bangunan Parlimen 3
Bangunan BNM 2
Masjid Putra, Putrajaya 2
Jambatan Pulau Pinang 1
Muzium Tekstil (bangunan lama BNM) 1
Bangunan DBKL 1
Wisma MBSA 1
Bangunan SUK Selangor 1
Pejabat JPM, Putrajaya 1
Balai Cerap Negara Langkawi 1
Muzium Negara 1
Istana Negara (baru) 1
Masjid Negara 1
Bangunan Angkasapuri, RTM 1
Yayasan Sabah 1

PS: Artikel ini ditulis pada 6 Januari 2017.