Kepada rakan-rakan collector yang berada di sekitar Temerloh, Rakan Numis Pahang dan Silver Gold Collector Club menjemput anda untuk menghadiri Temerloh Money Fair & Silver Gold Festival 2017 yang akan di adakan dari 11 sehingga 12 Februari 2017 di Aras G, Temerloh Mall, Pahang.
36 meja disediakan utk pameran dan jualan numismatik serta emas perak; 30 meja numismatik, 6 meja emas perak, 1 meja urusetia, 1 meja aktiviti. Untuk makluman, kesemua meja jualan dan pameran telah habis ditempah.
Di antara mereka yang akan menghadiri pameran dan jualan duit lama ini ialah Penggredan Numismatik Malaysia (PNM), Chee Lee Uptown Banknote, Wanglama Timesquare, Mr Rare Resources dan ramai lagi rakan-rakan numismatik lain.
Anda juga boleh mendapatkan rekaan terbaru Tuan Ismail Ibrahim Royal Mint of Malaysia, Medallion Harimau Mint edisi ke-3.
Ini adalah buat pertama kalinya, penganjuran acara jualan dan pameran numismatik di adakan di Temerloh, Pahang.
Buat pertama kalinya juga, penjual numismatik dan penjual emas perak bergabung tenaga untuk mengadakan pameran dan jualan bersama.
Penganjur juga akan menyediakan 1 meja untuk mereka yang hadir (tidak kiralah collector atau bukan) untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai numismatik seperti penjagaan duit syiling, harga duit lama serta ujian ketulenan duit lama pengunjung.
Penganjur juga ada menyediakan T-shirt edisi khas Temerloh Money Fair & Silver Gold Festival 2017. Namun, T-shirt tersebut telah pun habis dijual.
Walau pun begitu, anda masih lagi berpeluang untuk mendapatkan mug edisi terhad Temerloh Money Fair 2017. Ianya hanya akan dijual semasa Money Fair tersebut mula berlangsung dan terhad kepada 100 set mug sahaja.
Kepada rakan-rakan numismatik dan mereka yang berminat dengan numismatik, bolehlah hadir ke Temerloh Money Fair & Silver Gold Festival 2017 yang akan di adakan dari 11 sehingga 12 Februari 2017 di Aras G, Temerloh Mall, Pahang anjuran Rakan Numis Pahang dan Silver Gold Collector Club.