Datuk Mohd Roslan Mahayudin, pengarah bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, perkataan "PM harga" akan dijadikan sebagai panduan untuk memburu peniaga online yang tidak mempamerkan harga. Beliau berharap, amalan pembeli terpaksa bertanya harga atau "PM jika berminat" akan terhapus selepas ini.
Katanya, peniaga online juga wajib mempamerkan tanda harga barangan yang dijual, jika tidak mempamerkan harga, tindakan denda sehingga RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya boleh dikenakan ke atas peniaga dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999.
Peniaga online dikehendaki untuk memaparkan (di laman web mereka) dibawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 maklumat-maklumat yang berikut:
- Harga penuh barangan/perkhidmatan – termasuk bayaran cukai dan kos penghantaran.
- Nama penuh perniagaan dan individu yang menjalankan perniagaan
- Nombor pendaftaran perniagaan.
- Alamat penuh, nombor telefon dan emel perniagaan.
- Maklumat penuh produk apa yang diterima dengan setiap pembelian atau perkhidmatan yang diberikan.
- Maklumat bayaran yang lengkap.
- Terma dan syarat jual beli.
- Anggaran tempoh masa produk akan dihantar.
"Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah membiarkan perkara ini untuk membolehkan peniaga menyesuaikan dengan sewajarnya," kata Roslan.
"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik ... Hak mereka mesti dilindungi, dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian dengan maklumat mengenai harga, produk dan perkhidmatan, maklumat mengenai dengan siapa mereka berurusan dan maklumat caj tersembunyi di hujung jari mereka.
"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang dia inginkan untuknya ... Dia tidak boleh mengatakan 'PM jika berminat' ... Tidak lagi."
Roslan berkata, kumpulan penguatkuasanya termasuklah kakitangan penguatkuasaan khusus untuk menangkap penjual dalam talian yang tidak bertanggungjawab dan mengamalkan "PM untuk harga".
"Kami tidak mempunyai masalah dengan penjual yang menggunakan laman web seperti Zalora dan Lazada kerana kebanyakan mereka mematuhi undang-undang kami.
"Masalah kami adalah dengan mereka yang menggunakan media sosial untuk melancarkan perdagangan mereka.
"Kami telah memberi mereka masa yang mencukupi. Sekarang, mereka perlu memaparkan harga mereka atau kami akan pergi memburu mereka selepas ini. "
Roslan menggesa orang ramai untuk bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para pedagang mematuhi keperluan paparan tanda harga dan memberitahu KPDNKK jika ada peniaga online yang gagal berbuat demikian dengan menghubungi bahagian penguatkuasaan KPDNKK di talian 1-800-886-800.
Sumber: NST