Hari Jualan Syiling Sukan SEA 2017 hari ini sangat lengang, collector yang ada di sekitar kawasan Sasana Kijang boleh dikira dengan jari. Collector sudah tidak perlu datang beramai-ramai pada suatu masa setelah Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengadakan jualan Syiling Sukan SEA 2017 melalui e-mel atau borang.
Jualan di adakan di Conference Hall 1, ianya betul-betul di tengah-tengah Sasana Kijang, pintu masuk Utama, bukannya di kawasan berdekatan dengan Galeri Numismatik atau Sasana Cafe. Anda perlu di imbas oleh Polis Bantuan BNM terlebih sebelum dibenarkan masuk ke Conference Hall 1.
Namun, kawasan tempat letak kereta di Aras LG5 (untuk pelawat) agak penuh semasa waktu bekerja. Kepada rakan-rakan yang merancang untuk datang ke sana pada waktu kerja, pastikan anda ada seorang rakan yang menanti di kereta atau membawa anda ke sana kerana kawasan diluar bangunan Sasana pada kebiasaannya akan disaman oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Adalah lebih baik jika anda datang menggunakan pengangkutan awam.
Selepas masuk ke Conference Hall tersebut, anda akan disapa oleh kakitangan BNM yang ditugaskan untuk menyemak senarai keputusan undian keputusan tempahan syiling Sukan SEA 2017.
Selepas itu, anda akan pergi pula ke kaunter semak pengenalan diri, dimana kad pengenalan anda akan dibuat salinan untuk rekod BNM dan anda akan diberikan kertas keputusan undian yang telah disahkan untuk diserahkan kepada kaunter jualan.
Anda kemudiannya diminta untuk menyerahkan salinan kad pengenalan serta kertas keputusan undian yang telah disahkan tersebut kepada kakitangan kaunter jualan sebelum anda diberikan dengan syiling yang telah ditempah. Bayaran boleh dilakukan menggunakan tunai dan juga kad kredit.
Proses Jualan Syiling Sukan SEA 2017 tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit sahaja. Mungkin kerana tidak ramai yang datang dalam satu-satu masa.
Kakitangan BNM yang ditugaskan pada 8 September kebanyakkannya agak peramah serta mesra pelanggan. Jauh berbeza dengan cara jualan serta kakitangan yang bertugas sebelum ini. Tidak ada kelibat abang botak yang seringkali tidak disukai oleh rakan-rakan collector seperti sebelum ini pada 8 September.
Tahniah kepada BNM atas perubahan positif yang cuba dilakukan.
Anda juga boleh membaca pengalaman rakan blogger syiling peringatan bersempena dengan Jualan Syiling Sukan SEA 2017 pada 8 September 2017.
Setakat ini, kami tidak ada maklumat mengenai kaedah jualan yang dijalankan di tempat-tempat lain. Jika anda ada maklumat, sila kongsikannya di facebook Malaysiacoin.
Untuk makluman rakan-rakan yang belum mengambil syiling yang ditempah, Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery (Sasana Kijang) akan dibuka esok (cuti umum) dan Ahad untuk jualan Syiling Sukan SEA 2017 dari jam 10am hingga 4pm. Pejabat BNM lain tak dibuka untuk cuti umum esok.
Sebentar tadi kami telah terbitkan maklumat mengenai jumlah duit syiling sukan SEA 2017 yang telah dijual oleh BNM bermula hari ini, anda boleh membacanya didalam artikel; data agihan syiling peringatan Sukan SEA 2017 di setiap cawangan BNM.