Sejak pertengahan tahun ini, kami dapati ramai orang luar negara yang "aktif" menjadi ahli di dalam group-group Numismatik Malaysia di Facebook. Masih ramai yang tidak sedar, orang luar negara ini adalah scammer yang sedang memasang umpan untuk mangsa-mangsa mereka seterusnya.
Sebelum ini, mereka pernah cuba untuk spam ruangan komen di page-page numismatik tetapi kemungkinan kaedah itu kurang berjaya kerana ada spam filter untuk page dan juga mereka boleh di block daripada akses ruangan komen di page-page numismatik.
Modus Operandi atau cara mereka melakukan scam adalah sama dengan apa yang kami ceritakan didalam artikel sebelum ini; Scam Beli Duit Lama dari Luar Negara.
Jika anda mengiklankan jualan duit lama anda didalam group-group numismatik tersebut, anda akan ditawarkan harga hilang akal untuk duit syiling yang tiada nilai numismatik tetapi anda perlu membayar "sedikit" fee terlebih dahulu atas pelbagai alasan yang anda boleh baca di dalam artikel di atas.
Ini berlaku terutamanya di dalam group-group Numismatik yang para adminnya tidur kerana tidak dibayar gaji atau sibuk bercuti diluar negara tak balik-balik nak tengok group Facebook mereka. 😆😆😆
Terdapat juga group-group Numismatik yang diwujudkan oleh para scammer ini, jadi mudah mereka menjalankan kerja memasang perangkap kepada "penjual duit lama" yang terdesak dan tamak. Apalah sangat Fee sebanyak RM3,000 jika hendak dibandingkan dengan jumlah bayaran RM300,000 yang akan diperolehi kelak apabila duit bayaran mereka itu telah sampai di Malaysia. Durian runtuh la katakan, siapa tak nak kan? 😛😜😝
Pelik tapi benar, masih ramai lagi yang tergoda dengan umpan yang dipasang para penipu ini.
Masih ramai yang masih nak bertanya mengenai scammer ini dengan harapan dapat menjual koleksi duit lama yang tidak ada nilai numismatik tersebut pada harga tinggi.
Selain daripada Modus Operandi yang serupa digunakan oleh mereka, profail Facebook mereka juga lebih kurang sama sahaja.
- Gambar wanita cantik atau seksi.
- Ada gambar duit dalam jumlah yang banyak (US Dollar berbundle-bundle).
- Gambar perempuan/lelaki Melayu tapi katanya dah 20 tahun hidup diluar negara.
- Gambar profail tak banyak tapi mesti ada terselit gambar koleksi numismatik.
- Di ruangan about mesti ada kaitan dengan muzium, numismatik atau syarikat numismatik.
- Daripada ruangan about, kebanyakkan mereka ni daripada United States atau UK tapi nak beli duit lama Malaysia.
- Bahasa Melayu mereka juga jelas daripada Google Translate.
- Jika ada 100 orang kongsi duit lama dalam group tu, semua ada komen scammer ni.
- Jika bukan komen, mereka akan buat post yang mereka akan datang ke Malaysia pada sekian haribulan dan nak beli serta nak jual koleksi mereka.
- Mereka juga akan add dahulu rakan-rakan numismatik untuk membolehkan mangsa mereka percaya dengan mudah.
Sepertimana nasihat kami didalam artikel sebelum ini, gunalah logik akal didalam berurusan, belajar serba sedikit ilmu numismatik jika anda ingin menjual item numismatik, bukan semua duit lama itu berharga tinggi, jangan tamak dan jangan berharap tuah datang bergolek kepada anda jika pembeli duit lama luar negara menelefon/ Whatsapp untuk membeli duit lama anda.
Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang berniaga duit lama di Facebook.
Ada di antara mereka yang mungkin sedang dihubungi oleh penipu-penipu ini tetapi mereka tidak menyedari mereka sebenarnya sedang diperangkap.