Esok (25 Mac 2018), Malaysia Numismatic Society (MNS) akan mengadakan acara lelongan numismatik di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Jalan Petalawati, Kuala Lumpur. Acara lelongan akan bermula pada jam 11.00pagi dan meja jualan numismatik akan mula dibuka seawal jam 8.30pagi.
Setelah menghilang daripada kalendar numismatik selama lebih dari 2 tahun, Persatuan Numismatik Malaysia atau lebih dikenali sebagai Malaysia Numismatic Society (MNS) kembali dengan acara lelongan mereka buat julung kalinya.
Semua dijemput hadir untuk menyertai acara lelongan MNS tersebut. Namun, hanya mereka yang berdaftar sebagai ahli MNS sahaja yang akan dibenarkan untuk membuat bidaan didalam acara lelongan ini. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh membaca artikel Bagaimana untuk menjadi ahli MNS. Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli esok sebelum acara lelongan MNS berlangsung.
Anda juga boleh melawat meja jualan yang biasanya sudah mula dibuka pada jam 8.30pagi.
Kepada anda yang tidak pernah pergi ke acara lelongan MNS, dewan acara lelongan terletak di ruang legar berhadapan dengan Jabatan Muzium, bangunannya terletak berdekatan dengan jalan masuk disebelah atas.
Malaysia Numismatik Society (MNS) adalah persatuan numismatik tertua di Malaysia, ianya telah ditubuhkan sejak 19 Mei 1968. Tahun ini genap 50 tahun MNS ditubuhkan.
Sebelum ini, MNS mengadakan 4 kali acara lelongan kepada para ahli mereka. Selamat kembali ke kalendar numismatik Malaysia di ucapkan kepada MNS dan semoga berjaya menyemarakkan kembali numismatik Malaysia.