Jumaat, 16 Mac 2018

Pameran Wang Trigo KL 2018

Hari ini bermulanya Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali Ke-2 yang di anjurkan oleh Trigometric Sdn Bhd di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Pameran Wang Antarabangsa Trigo tersebut akan di adakan daripada 16 Mac sehingga 18 Mac (Ahad) 2018, semua orang dijemput untuk menghadiri Pameran Wang Trigo.

Trigo money show

Tiket Pameran Wang Trigo KL 2018 antara koleksi yang ditunggu-tunggu oleh para collector. Tiket yang berbentuk seperti wang kertas ini berharga; RM15 (tiket sahaja) & RM20 (dengan buku/folder), corak kali memaparkan burung merak dihadapan dan bangunan KLCC dan bangunan JPM Putrajaya.

Lebih daripada 20 gerai pameran dibuka oleh syarikat-syarikat numismatik dari seluruh dunia. Di antara gerai yang menjadi tumpuan peminat numismatik adalah gerai Uptown banknotes, gerai Eccles Coins & Banknotes, Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®) dan Professional Coin Grading Service (PCGS®).

Anda boleh mendapatkan khidmat nasihat percuma mengenai kualiti syiling anda di gerai Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®) dan juga Professional Coin Grading Service (PCGS®).


Antara mereka yang membuka gerai pameran:
  • Meja No. 29: cgb Numismatique Paris (France)
  • Meja No. 28: Curios Collection Co (Hong Kong)
  • Meja No. 14: Di Wang Coins (China)
  • Meja No. 9: Dickson Niew Banknotes (Malaysia)
  • Meja No. 15: Eccles Coins & Banknotes (New Zealand)
  • Meja No. 18: Eur-Seree Collecting Co., Ltd. (Thailand)
  • Meja No. 11: Fantastic Numismatics (Malaysia)
  • Meja No. 17: Gulf Hobbies (United Arab Emirates)
  • Meja No. 4: Heritage Auctions (USA)
  • Meja No. 5: Hong Kong Hua Yun Collection Appraisal Co. Ltd. (Hong Kong)
  • Meja No. 6: Beijing International Coin Exposition (China)
  • Meja No. 10: Hon Numismatics (Hong Kong)
  • Meja No. 30: K & T Collection Limited (Hong Kong)
  • Meja No. 12: King Banknotes (Malaysia)
  • Meja No. 19: Monetarium Singapore (Singapore)
  • Meja No. 25: Nominal Auction (Russia)
  • Meja No. 1-3: Paper Money Guaranty® (PMG®), Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®) & Numismatic Conservation Services® (NCS®) (USA)
  • Meja No. 21-23: Professional Coin Grading Service (PCGS®) (USA)
  • Meja No. 7: PCGS Currency (USA)
  • Meja No. 24: Rare Paper Money (Russia)
  • Meja No. 13: Rare Collection House (Malaysia)
  • Meja No. 20: Stack's Bowers & Ponterio Ltd (USA)
  • Meja No. 16: Spink & Sons Ltd (United Kingdom)
  • Meja No. 26: Tan Coin Trading (Malaysia)
  • Meja No. 27: Tom's Numismatic Shop (Hong Kong)
  • Meja No. 8: Uptown Banknote (Malaysia)


Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo Kali Ke-2 dibuka daripada 16 Mac sehingga 18 Mac (Ahad) 2018 bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menghadiri satu-satunya Pameran Wang Antarabangsa di Malaysia.