Selepas mengeluarkan syiling peringatan dalam jumlah yang agak banyak pada tahun 2016 dan pengeluaran yang terbabas ke tahun 2018 untuk syiling 2017, akan adakah Syiling Peringatan 2018? Adakah tahun ini ada sinar untuk pengumpul duit syiling peringatan?
Untuk tahun 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan 5 syiling peringatan, boleh baca cerita lanjut mengenainya di dalam artikel sebelum ini; Pereka Syiling Peringatan BNM 2016.
Untuk tahun 2017 pula, hanya Syiling Peringatan Sukan SEA 2017 yang dijual kepada pelanggan ditahun 2017, dua lagi syiling hanya mula dijual pada tahun 2018. Satu langkah yang agak terbelakang jika hendak dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh BNM sebelum ini.
Semasa artikel ini ditulis, tirai tahun 2018 sudah separuh dilabuhkan dan wang peringatan 2017 masih lagi dijual dengan cara berbaris panjang di Sasana Kijang.
Namun, masih tidak ada khabar mengenai syiling peringatan untuk tahun 2018.
Jika ada pun hanya khabar-khabar angin di kalangan para collector tetapi kenyataan rasmi terlebih dahulu daripada BNM masih lagi suatu mimpi yang pasti.
Kami para collector bukannya jerung-jerung besar yang mampu mengumpulkan wang dalam tempoh sehari dua. Kebanyakkan yang beli secara banyak itu adalah pelabur dan penjual yang bertujuan mencari untung, kakitangan BNM jangan salah faham pula kata itu semua collector.
Di dalam kerajaan baru dan suasana kerja yang baru (kami melihat ramai dari kakitangan Operasi Matawang BNM adalah orang baru), sewajarnya cara bekerja yang baru diterapkan.
Jika boleh, kenyataan akhbar mengenai syiling peringatan yang dijangka akan dikeluarkan untuk tahun 2018 dikeluarkan secara rasmi oleh BNM lebih awal supaya para collector boleh bersedia dengan bajet masing-masing untuk membeli syiling peringatan.
Keluarkan kenyataan akhbar untuk semua syiling yang akan dikeluarkan untuk tahun 2018.
Kenapa perlu berahsia?