Medalion Peringatan Pameran 100 Tahun Hadiah Nobel dikeluarkan bersempena dengan Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel yang telah di adakan di Pusat Sains Negara, Kuala Kumour selama 99 hari pada 20 Mac hingga 27 Jun 2004. Ianya dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia (ASM)-sebuah badan yang berfungsi untuk menggalak dan merangsang pembangunan bidang sains.
Pameran yang diadakan di Pusat Sains Negara itu bertemakan Budaya Kreativiti: Individu dan Persekitaran. Pameran tersebut mempunyai signifikan dengan hasrat Malaysia untuk melahirkan seorang penerima Hadiah Nobel pada 2020.
Selain ASM, turut menjadi penganjur ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (MOSTE) dan Pusat Sains Negara manakala Yayasan Nobel dan Muzium Nobel menjadi penganjur bersama.
Muka depan medallion memaparkan corak burung merpati yang dibuat dari titik-titik sebagai motif utama dengan perkataan "THE NOBEL PRIZE CENTENNIAL EXHIBITION", "Kuala Lumpur" dan "Malaysia 2004".
Muka belakangnya memaparkan peta Malaysia, gambar bangunan KLCC, Menara Kuala Lumpur dan Pusat Sains Negara dengan tema "Cultures of Creativity: Individuals and Millieus" disekeliling medallion.
Medallion Peringatan ini ditempa oleh Royal Mint Malaysia.
Medallion Pameran 100 Tahun Hadiah Nobel 2004
Spesifikasi Teknikal:
Jenis: Emas Nordic
Logam: Cu89 Zn5 Al5 Sn1
Tahun keluaran: 2004
Kuantiti Tempaan (mintage): Tidak diketahui
Garis Pusat (mm): 30
Berat(g): 9.16
Tebal (mm): 2.00
Harga Jualan Rasmi: ??
Harga Pasaran semasa: (Untuk harga terkini, rujuk: Senarai Harga Medal Peringatan Malaysia )
Malaysia adalah antara 10 negara di dunia yang terpilih menganjurkan pameran tersebut yang memaparkan kejayaan 747 penerima Hadiah Nobel. Kejayaan tersebut dipersembahkan dalam bentuk filem video dan pameran statik yang kesemuanya dibawa dalam tujuh kontena.
Anugerah itu telah diberi kepada seramai 747 penerima (sehingga 2002) dalam enam kategori iaitu fizik, kimia, perubatan atau fisiologi, kesusasteraan, keamanan dan ekonomi. Setiap penerima diberi AS$1 juta (RM3.8 juta) oleh yayasan nobel yang menganjurkan anugerah tersebut.
Malaysia adalah negara yang ketiga di Asia menganjurkan Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel selepas Jepun dan Korea Selatan dan yang pertama di Asia Tenggara menganjurkan pameran tersebut. Selain Kuala Lumpur, pameran tersebut juga di adakan di Stockholm, New York, Tokyo, Paris, Vienna, Chicago, Houston, Bangalore, Seoul dan Beunos Aires.
Pameran Seratus Tahun Hadiah Nobel bermula sejak tahun 2002 dan berakhir pada 2006 dengan setiap tahun, pameran berlangsung di dua negara. Pameran ini adalah menyerupai yang dibuat di Stockholm, Sweden.