Tahukah anda, didalam sejarah negara ini, wang yang kita gunakan pernah dibatalkan semasa pemerintahan penjajah British? Pada 9 September 1945, Tentera British yang telah membentuk Kerajaan Tentera Sementara yang dipanggil sebagai Pentadbiran tentera British (British Military Administration/BMA) di Singapura dan Malaya telah mengistiyarkan pembatalan penggunaan wang Jepun.
British pada waktu itu membatalkan penggunaan wang Jepun tanpa memberi ganti rugi.
Berita tersebut memeranjatkan rakyat di Singapura dan Malaya sehingga ada yang mati mengejut dan membunuh diri. Sesetengah orang pula menjadi gila apabila mengetahui pengistiyarkan pembatalan penggunaan wang Jepun.
Ini kerana masih ramai lagi yang menyimpan wang Jepun tersebut didalam jumlah beribu-ribu dollar. Selain itu, ada juga yang baru sahaja menjual rumah dan tanah mereka dan mendapat wang Jepun sebagai bayarannya.
Pengumuman itu juga dibuat ketika umat Islam sedang menyambut Hari raya Aidilfitri 1364 Hijrah.
Penduduk terpaksa menjual apa sahaja barangan yang mereka ada bagi memperoleh matawang baharu sehingga menyebabkan kenaikan harga barangan dan berlakunya pasaran gelap.
Ramai rakyat yang kelaparan kerana tidak ada wang untuk membeli barang makanan.
Pentadbiran tentera British (BMA) juga mengumumkan, wang kertas serta syiling Inggeris lama dengan gambar King George V mula digunakan semula di Singapura dan Malaya.
Sumber: detik-detik bersejarah... Berita Harian, 9 September 1981, Page 4