Jika tahun lepas timbulnya persoalan, tiada syiling peringatan tahun 2018? Di suku kedua tahun 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) yang masih berdiam diri mengenai syiling peringatan tahun ini sekali lagi menimbulkan persoalan, ada ke Syiling Peringatan tahun 2019?
Jika ada syiling peringatan yang dikeluarkan dalam masa terdekat ini, ianya sudah pasti menjadi syiling peringatan pertama yang dikeluarkan semasa Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus menjadi Gabenor BNM ke-9.
Ada yang kata, tahun ini sudah pasti ada Syiling Peringatan pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Adakah anda pasti?
Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV pun hanya mula dijual pada tahun 2018 bukan semasa keluaran tahun pada syiling tersebut 2017.
Tarikh pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI pun belum diumumkan sehingga sekarang, apa yang ada hanya nama rasmi baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Satu perkara yang penting lagi, gambar rasmi Yang di-Pertuan Agong XVI belum lagi dikeluarkan.
Gabenor BNM sekarang baru sahaja dilantik, kita masih belum dapat melihat, adakah beliau akan lebih mesra numismatik dari Gabenor BNM sebelumnya ataupun sebaliknya.
Lihat sahaja dengan Syiling Harapan, jika syiling tersebut dijual, pada pendapat kami ianya sudah pasti menjadi koleksi paling hangat sepanjang zaman. 😊
Sehingga kini tidak ada lagi Syiling Harapan dikeluarkan dan jangan haraplah syiling tu nak keluar. 😞
Jadi, anda masih yakin Syiling Peringatan akan dikeluarkan pada tahun 2019?