#TunM94 Selamat Hari Ulang Tahun ke-94 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7. Tun M dilahirkan pada 10 Julai 1925, di Kedah dan memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia buat kali yang kedua pada 10 Mei 2018.
Setelah lebih setahun Pakatan Harapan mencipta sejarah sebagai pakatan pembangkang yang pertama memenangi pilihanraya Malaysia, peluang warga numismatik untuk menyimpan Syiling Peringatan Tun Dr. Mahathir masih tiada khabar berita lagi.
Pakatan Harapan mencipta sejarah dengan mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah negara ini lebih daripada 60 tahun sejak merdeka pada 31 Ogos 1957.
Komuniti numismatik sedia maklum, Tun Mahathir kerap kali tidak membenarkan imejnya dipamerkan pada patung, wang atau memorabilia.
Walaupun pernah memerintah Malaysia sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun (1981-2003), Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta satu-satunya Perdana Menteri yang dua kali dilantik didalam sejarah Malaysia tetapi tidak ada lagi Syiling Peringatan rasmi Malaysia yang dikeluarkan dengan potrait beliau.
Apa yang ada pada ketika ini hanyalah medallion peringatan, untuk makluman bukan collector, ada perbezaan di antara syiling dengan medallion. Tidak semua warga numismatik berminat dengan medallion berbanding dengan syiling peringatan.
#TunM94 Selamat Hari Ulang Tahun ke-94 kepada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-7.
Kami warga numismatik mendoakan kesihatan Tun M dan berharap ada peluang untuk kami menyimpan Syiling Peringatan Tun Dr. Mahathir.
PS: gambar asal Tun M oleh Paulius Staniunas