Anda juga pastinya mempunyai rakan-rakan yang bertanya, di mana keseronokan mengumpul duit syiling? Kenapa pengumpul duit lama seronok mengumpul duit syiling atau duit kertas sedangkan ianya kita gunakan hari-hari untuk transaksi jual beli?
Jika anda seorang pengumpul duit syiling, anda pastinya akan cuba untuk menerangkan kepada mereka sebaik mungkin. Adakalanya penerangan itu mudah diterima dan adakalanya mereka yang bertanya itu tidak faham apa yang anda cuba sampaikan.
Adakah anda masih ingat lagi cerita seorang rakan collector, Collector kalau dah dapat koleksi cantik, lepas tu kat tepi ada gadis cantik lalu ke, artis cantik lalu pun memang dah tak pandang dah.
Keseronokan mendapat syiling rare 50 sen 1969 Milled Edge dengan kondisi Brilliant Uncirculated tersebut dibandingkan dengan melihat wanita cantik. Dimana collector lebih teruja untuk melihat syiling rare tersebut berbanding dengan wanita cantik yang ada di depan mata.
Sebab itu para isteri tak marah kalau ada hobi mengumpul duit syiling ni.
Seorang rakan pernah bercerita mengenai anak beliau yang balik daripada sekolah dengan teruja menunjukkan kepada beliau duit syiling Uncirculated Indonesia yang sudah diletakkan didalam coin holder.
Anak rakan itu bercerita bagaimana cikgunya yang juga pengumpul duit lama memberikan syiling tersebut serta menceritakan kepada kelas mereka mengenai hobi mengumpul duit lama serta menunjukkan syiling serta wang kertas negara ini sebelum wujudnya 'Malaysia'.
Anak rakan itu teruja melihat saiz wang kertas Malaya dahulu lebih besar daripada saiz wang kertas yang kita gunakan sekarang.
Pada kami, jika cikgu itu menunjukkan wang kertas terbesar dunia didalam kelas tersebut, sudah pasti anak-anak itu akan lebih teruja kerana saiznya yang lebih besar dari A4.
Sejak itu, rakan tersebut antara pengunjung tetap pasar karat untuk memenuhi minat anaknya mengumpul duit syiling.
Keseronokan mengumpul duit syiling hanya akan dirasai oleh pengumpul duit syiling, selagi anda tidak menyertai hobi ini, anda tidak akan dapat merasa keseronokan yang kami nikmati.
Jangan silap pula, walaupun seseorang itu simpan duit lama, belum tentu lagi dia seorang pengumpul duit lama. Ada pelbagai Kategori manusia didalam Numismatik Malaysia ni.