Isnin, 5 Ogos 2019

Pameran Pusaka: Warisan Kemudi Wawasan

Selain pameran FinTech: Teknologi Kewangan Nyata Kepada Maya yang sedang dipamerkan di Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, terdapat juga satu lagi pameran yang menampilkan 12 karya yang dibawakan dalam bentuk kontemporari, Pameran Pusaka: Warisan Kemudi Wawasan

Pameran Pusaka

Menerusi seni instalasi, para seniman mengutarakan tema warisan yang berbeza daripada yang biasa didengar dan diungkapkan. Ia dibangkitkan daripada unjuran perkembangan sosioekonomi melalui pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi, sukan, sastera, alam semula jadi dan banyak lagi. Pameran ini mengemudi minda pengunjung, sebagai individu mahupun sebuah masyarakat, dalam mentafsir legasi, sejarah dan tradisi negara agar lebih difahami dan dihargai sebagai pengajaran yang diperturunkan kepada generasi akan datang.

artis pusaka

Antara artis yang menyertai Pameran Pusaka:
  • Zulkifli Yusoff
  • Ahmad Fuad Osman
  • Bibi Chew
  • Dain Iskandar Said & Hayati Mokhtar
  • Azizan Paiman
  • Sharmiza Abu Hassan
  • Chong Kim Chiew
  • Lisa Foo
  • Umibaizurah Mahir@Ismail
  • Haris Abadi
  • Haslin Ismail
  • Jamil Zakaria

Pameran Pusaka

pameran pusaka

Seni instalasi merupakan genre seni karya tiga dimensi yang memerlukan tapak khusus yang bersesuaian untuk mengubah persepsi ruang. Seni instalasi ini merakan kesan gandaan dimensi, medium, deria termasuklah tafsiran, nyata atau tidak nyata. Ia tidak tertumpu kepada satu bentuk.

Butiran Pameran
Lokasi:
Bank Negara Malaysia Museum and Art Gallery
Sasana Kijang, 2 Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Tempoh Pameran:
18 April 2019 Sehingga 18 September 2019
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang.

Bayaran Masuk:
Masuk Percuma untuk semua pengunjung.

Untuk Keterangan Lanjut:
Hubungi: +603-9179 2784
Email: infomuseum@bnm.gov.my