Harga jualan sehingga RM530,000 untuk 20 keping wang kertas yang berjaya dilelong dalam acara lelongan numismatik terulung di Malaysia, Trigometric Auction 10 menimbulkan beberapa persoalan kepada orang ramai. Beli rumah atau koleksi numismatik, mana lebih baik?
Ramai yang terkejut dengan harga jualan set Nombor Cantik (Fancy Number) Wang kertas 50 Ringgit (20 keping) Siri ke-4 dengan tandatangan gabenor Aziz Taha dijual pada harga RM530,000 (tanpa premium pembeli) di Hotel Hilton Petaling Jaya minggu lepas. Ada dari kalangan bukan collector yang tidak percaya wang kertas Malaysia betul-betul terjual pada harga yang sebegitu tinggi.
Ada juga yang mengatakan bahawa wang kertas tersebut adalah wang kertas Malaysia termahal yang pernah dijual didalam acara lelongan awam. Sebenarnya, rekod wang kertas Malaysia termahal tersebut masih lagi dipegang oleh Set Wang kertas Malaysia siri pertama (6 keping) dengan nombor siri A/1 000001 yang dijual pada harga £115,100 oleh Spink London pada 8 Oktober 2007.
Tidak kurang juga yang membandingkan adakah berbaloi membeli wang kertas sebanyak 20 keping pada harga lebih dari setengah juta? Bukankah lebih baik melabur duit tersebut kepada hartanah atau rumah?
Koleksi numismatik yang dijual bermula pada harga RM400,000 itu pada awalnya dilihat oleh kebanyakan collector sebagai tidak mungkin terjual.
Namun, umumnya para collector tahu, peluang untuk mendapatkan set lengkap set Nombor Cantik (Fancy Number) sebegitu hanya datang sekali. Jadi tidak menghairankan jika ada yang berkemampuan untuk membeli koleksi tersebut pada harga yang tinggi.
Ketika Wang Kertas Terbesar Dunia dikhabarkan akan dijual oleh Bank Negara Malaysia, ramai collector yang mempersoalkan harga RM1,700 sekeping untuk sekeping kertas yang sedikit lebih besar daripada A4.
Didalam Acara Lelongan Trigometric Auction 10, wang kertas terbesar dijual pada harga RM13,000. Walaupun ada collector yang mengaitkan harga jualan tersebut sebagai spekulasi pasaran, ianya sedikit sebanyak menjadi berita gembira buat pemilik Wang kertas yang dikeluarkan sempena Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu itu.
Untuk pengetahuan anda, harga RM13,000 itu sebenarnya agak rendah jika hendak dibandingkan dengan Harga lelongan set Nombor Cantik (Fancy Number) RM60 dan RM600 yang diadakan oleh BNM pada 10 Mac 2018.
Beli rumah atau koleksi numismatik, mana lebih baik?
Ada yang suka membawa aset mereka ke mana-mana dan ada juga yang suka peluang untuk dapatkan rumah percuma dengan menyewakan rumah tersebut.
Jika RM530,000 itu hanya 0.01% daripada kekayaan anda, kenapa tidak?
Numismatik di Malaysia belum sampai ke tahap Industri Numismatik, bayangkan jika numismatik di Malaysia berkembang sehingga ke tahap itu?
Pendapat anda?