Cerita bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak troll scammer duit lama di Facebook menjadi bualan rakan-rakan sejak beberapa hari ini. Seorang "wanita" bernama Jessica Smith mendakwa dirinya sebagai pengumpul wang lama dan bertanyakan mengenai wang syiling atau kertas lama di page Datuk Seri Najib Razak.
"Saya adalah pengumpul wang lama Malaysia, saya akan beli duit lama seperti syiling dan wang kertas. Adakah anda memiliki barang-barang tersebut untuk dijual?" kata Jessica.
Najib kemudiannya membalas “Maaf Jessica, semua wang kertas lama di dalam rumah saya yang berusia lebih 20 tahun telah dirampas oleh kerajaan PH di mana mereka mendakwa ia adalah dari wang 1MDB walaupun 1MDB tidak wujud 20 tahun lepas."
Bekas Presiden UMNO itu juga turut meninggalkan pautan berita daripada Astro Awani yang bertajuk 'Mata wang asing lama, sijil perkahwinan dalam peti besi', umumnya rakyat Malaysia tahu, peti besi itu telah dibuka oleh pihak polis serta mata wang asing lama tersebut telah ditahan oleh mereka.
Komen tersebut yang keluar 2 hari lepas kini tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat di kalangan netizen.
Ramai daripada netizen yang terkejut Datuk Seri Najib Razak memberi respons kepada scammer duit lama didalam posting beliau.
Namun, bagi kami ianya adalah satu cara yang baik untuk seorang celebriti mendidik pembaca di page beliau bahawa "wanita" yang menawarkan untuk membeli duit lama tersebut adalah scammer.
Scam duit lama semakin menjadi-jadi kerana semakin ramai orang yang menjual duit lama mereka di Media Sosial tanpa belajar duit lama apakah yang sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi di kalangan pengumpul duit lama.
Ini sekaligus membuka peluang kepada scammer untuk memancing mereka yang tamak serta terdesak untuk "membeli" wang mereka.
Artikel-artikel sampah daripada Facebook page pembeli duit lama juga adalah antara perkara yang menyumbang kepada perkara ini.
Terima kasih Datuk Seri Najib Razak untuk posting lucu troll scammer duit lama. 😁