Hari ini, bermulanya Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo kali ke-4 yang di adakan di Anggerik Suite 1 & 2, Level 2, Hotel Hilton Petaling Jaya, (P.J. Hilton), Petaling Jaya, Selangor. Pameran akan di adakan bermula pada 25 Oktober sehingga 27 Oktober 2019. Ini adalah satu-satunya pameran wang antarabangsa yang di adakan di Malaysia.
Apa yang menarik mengenai Pameran Wang KL Trigo sudah pastinya adalah tiket masuknya. Fenomena Tiket Pameran Wang Trigo KL ini menyebabkan ramai yang datang awal dengan harapan untuk mendapat nombor siri tiket low numbers atau solid numbers.
Kami sampai ke Dewan Pameran hari ini pada jam 10.00 pagi, pada waktu itu sudah ada lebih daripada 100 orang beratur untuk membeli tiket. Walau pun pengurusan Trigometric Sdn Bhd memberitahu masuk adalah percuma tanpa perlu membeli tiket, tiada seorang pun yang berganjak dari beratur. Kami hanya dapat membeli tiket lebih kurang 45 minit kemudian.
Tiket kali ini memaparkan gambar Burung Enggang sebagai motif utama dengan pelbagai elemen anti-counterfeiting termasuklah dakwat ubah optik, percetakan latar belakang, dakwat pendarfluor, benang keselamatan dan ciri-ciri yang sukar ditiru.
Harga untuk tiket sekeping adalah RM25, seorang hanya boleh membeli sekeping tiket sahaja. Ada lebih kurang 2,000 keping tiket single dicetak untuk pameran kali ini.
Untuk Tiket uncut, tedapat tiket uncut 2 dalam 1 dan tiket uncut 18 dalam 1. Harga untuk uncut 2 dalam 1 adalah RM300 sekeping. Ada lebih kurang 200 keping tiket uncut 2 dalam 1 dicetak untuk pameran kali ini. Harga untuk uncut 18 dalam 1 adalah RM800 sekeping. Ada lebih kurang 50 keping tiket uncut 18 dalam 1 dicetak untuk pameran kali ini.
Untuk Tiket uncut, anda perlu menulis nama dan undian akan dibuat pada 27 Oktober 2019 didewan pameran untuk menentukan siapakah pemenangnya. Hanya lebih kurang separuh sahaja akan dijual, selebihnya diberikan kepada pempamer Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo kali ke-4.
Untuk rekod, 60 keping tiket uncut 2 dalam 1 dan 20 keping tiket uncut 18 dalam 1 yang dijual kepada umum secara undian. Selain itu, terdapat juga 1 lot set 30 keping tiket single dijual kepada umum secara undian.
Senarai rasmi pempamer Pameran Wang Antarabangsa Kuala Lumpur Trigo kali ke-4:
- No. A3: Alexey Zemlyakov (Russia)
- No. A11: Colonial Coins & Banknotes (USA)
- No. A5: Alwrich Numismatics (Singapore)
- No. A4: Denis Lapaev (Russia)
- No. B1: Di Wang Coins (China)
- No. F6: GBCA (China)
- No. B9: Eccles Coins & Banknotes (New Zealand)
- No. F4: Intrepid Numismatics & Philately (Hong Kong)
- No. A1: Heritage Auctions (USA)
- No. B2: Henry Hinrose (Japan)
- No. B3: Joshua D. Risi (Colombia)
- No. B11: Super Buy HK Company (Hong Kong)
- No. A10: Kosendo Co., Ltd (Japan)
- No. A2: Myntkompanient (Sweden)
- No. B5, B6, B7: Paper Money Guaranty® (PMG®), Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®) & Numismatic Conservation Services® (NCS®) (USA)
- No. A7, A8, A9: Professional Coin Grading Service (PCGS®) (USA)
- No. F3: (Malaysia)
- No. B4: Raymond Chow Galleries (Malaysia)
- No. B10: RCH Rare Collection House (Malaysia)
- No. A6: Sakura Collection House (Japan)
- No. F2: Stack's Bowers & Ponterio Ltd (USA)
- No. F5: Hon Numismatics (Hong Kong)
- No. B8: Shanghai Tian Li Collection (China)
- No. F1: Trigometric (Malaysia)
- No. B12: PCRP (China)
Kepada bukan collector, Pameran Wang KL Trigo kali ke-4 ini lebih kepada jualan untuk barang-barang serta koleksi berkaitan numismatik. Anda semua dijemput hadir untuk memahami berkenaan numismatik.
Di meja Paper Money Guaranty® (PMG®), Numismatic Guaranty Corporation® (NGC®), Numismatic Conservation Services® (NCS®) dan Professional Coin Grading Service (PCGS®) anda boleh bertanya mengenai gred wang kertas atau duit syiling anda kepada pakar yang akan menghadiri pameran kali ini. namun, janganlah pula bawa duit buruk atau duit palsu anda ke pameran, kesian orang tu nak bagi penerangan yang duit anda itu tiada harga numismatik.
Semalam, set Nombor Cantik (Fancy Number) Wang kertas 50 Ringgit (20 keping) Siri ke-4 dengan tandatangan gabenor Aziz Taha dijual pada harga RM530,000 (tanpa premium pembeli) didalam acara lelongan Trigometric Auction 10. Wang kertas terbesar dunia dijual RM13,000 didalam acara lelongan yang sama semalam, suatu berita yang menarik kan?
Jangan lupa datang ke Pameran Wang KL Trigo kali ke-4 esok dan Ahad ini!