Pelabur duit lama datang ke dunia numismatik Malaysia dengan modal yang besar. Mereka melihat koleksi numismatik sebagai pelaburan semata-mata, mereka tidak kisah harga yang tinggi, asalkan ianya memberikan pulangan lumayan. Justeru itu, timbul persoalan, adakah Pelabur duit lama menutup peluang collector untuk mendapatkan koleksi yang di idamkan?
Numismatik menjadi salah satu cabang pelaburan untuk mereka yang faham dengan hobi ini. Kemerosotan harga pasaran emas dan perak dan kemeriahan dunia numismatik suatu ketika dahulu membawa pelabur emas dan perak ke kancah dunia numismatik.
Pelabur sudah semestinya datang dengan wang yang banyak dan bersedia dengan serba sedikit ilmu numismatik atau mendapatkan nasihat daripada pakar numismatik Malaysia.
Mereka tidak kisah harga yang tinggi asalkan koleksi tersebut memang rare dan sukar dicari oleh collector.
Ada pelabur yang menumpukan kepada syiling peringatan BNM, tidak kurang juga yang memberikan tumpuan kepada wang kertas nombor cantik kerana harga jualannya yang tinggi.
Kita mengambil contoh terbaru, Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, set syiling emas dikeluarkan sebanyak 300 set, set syiling perak dikeluarkan sebanyak 1,500 set dan set 2 dalam 1 dikeluarkan sebanyak 1,000 set. Jumlah tempaan tersebut agak tinggi jika hendak dibandingkan dengan jumlah tempaan syiling-syiling sebelum ini.
Namun, ramai collector yang tidak berjaya memiliki Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI, nak lihat collector kongsi maklumat berjaya membeli syiling emas pun agak sukar.
Kita lupakan seketika teori rakan-rakan collector ke mana perginya Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI dan melihat ianya sebagai dibeli oleh pelabur duit lama.
Pada masa kini juga, syiling-syiling rare pada grade yang tinggi juga berjaya dijual dan sukar untuk dimiliki oleh para collector pada harga rendah.
Sebagai contoh syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel yang telah di gred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai MS 62BN dijual pada harga RM13,200 (termasuk premium pembeli) di dalam acara lelongan Trigometric Auction 10 di Hotel Hilton, Petaling Jaya baru-baru ini.
Ada orang kata harga itu jauh lagi murah daripada harga 1 sen 1970 Copper Clad Steel yang telah berjaya dilelong pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli 5 tahun yang lalu. Namun, syiling tersebut mempunyai gred yang lebih baik, NGC MS63 RB.
Didalam keadaan ekonomi Malaysia sekarang ini, harga jualan RM13,200 agak baik dari tidak terjual langsung.
Perkara utama yang kami hendak sampaikan, para pelabur ini datang ke arena numismatik kerana mereka tahu bagaimana untuk buat untung didalam hobi ini.
Ada juga yang menimbulkan teori Duit Syiling Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVI dimonopoli oleh pelabur-pelabur tertentu. Monopoli membolehkan mereka mengawal harga koleksi tersebut dengan mudah.
Pelabur akan membeli syiling peringatan yang terbaru dan menjualnya semula pada collector dengan harga yang tinggi sehingga sekali ganda.
Harga duit lama rare pada grade yang tinggi belum lagi mencapai sepertimana harga kemuncaknya lebih kurang 5 tahun yang lalu.
Mana ada collector yang hendakkan harga koleksi mereka kekal pada takuk lama tetapi adakah wajar kita mengalu-alukan pelabur duit lama?
Kedatangan pelabur ke dunia numismatik sudah pastilah akan membantu menaikkan harga duit lama Malaysia tetapi adakah ianya menutup peluang collector?