Terdapat beberapa cenderamata yang dikeluarkan bersempena dengan ulang tahun ke-60 Bank Negara Malaysia (BNM) yang dilancarkan di Sasana Kijang pada 13 December 2019. Sebahagian daripada cenderamata tersebut boleh dilihat di Pameran “Demi Tanah Air: 60 Tahun Sebagai Bank Pusat” yang di adakan di Sasana Kijang hingga 30 Jun 2020.
Secara rasminya, cenderamata yang dikeluarkan adalah berkaitan dengan wang kertas tidak sesuai (unfit notes) yang telah dirincihkan. Ianya ada dipamerkan dibahagian belakang pameran dan ada dijual di kedai cenderamata Sasana Kijang di tingkat bawah.
Antara produk wang kertas yang dirincih:
i. Pen;
ii. Bekas air (Tumbler);
iii. Pemacu USB (USB Drive); dan
iv. Pemberat Kertas (Paper Weight).
Namun, tiada pengumuman rasmi dikeluarkan oleh BNM mengenai cenderamata-cenderamata ini. Walau bagaimanapun, Bekas Air dan juga Pemberat Kertas telah habis dijual dalam masa beberapa jam selepas pelancaran di adakan.
Tidak dipastikan jumlah keluaran produk-produk tersebut tetapi kami hanya boleh berharap BNM akan mengeluarkannya semula. Pada ketika ini, anda hanya boleh membelinya daripada pihak ketiga dan sudah pasti harganya berlipat kali ganda.
Satu lagi produk cenderamata yang dikeluarkan oleh BNM adalah Medallion Peringatan 60 tahun Bank Negara Malaysia. Kami akan kongsikan maklumatnya kemudian.
Anda ada maklumat lain yang ingin dikongsi? Jangan lupa email kami, terima kasih.